Seharian yang penuh dengan keseronokan, cabaran dan pengalaman
bermakna meneroka keunikan bandar raya Kuching!
Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menyahut pelbagai cabaran
menarik di setiap checkpoint – daripada aktiviti kraftangan, kuiz warisan,
cabaran kulinari hinggalah shopping hunt yang menguji kreativiti, kerjasama dan
semangat berpasukan.
Program ini bukan sahaja memeriahkan Kempen Malaysia Mega Sale 2026,
malah turut menyokong Visit Malaysia 2026 dengan mengetengahkan tarikan
membeli-belah, budaya dan pelancongan di Kuching, di samping mengukuhkan
kerjasama antara agensi, media, pemain industri serta Key Opinion Leader (KOL).
Terima kasih kepada CATS FM, semua peserta, rakan strategik dan
semua checkpoint yang telah menjayakan cabaran ini. Semoga kita berjumpa lagi
dalam program Tourism Malaysia yang akan datang!
-Tourism Malaysia Sarawak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.