Sunday, 19 July 2026

Johor Loop Rally 2026 Merentasi Keindahan Dan Keunikan Johor

 

JOHOR, 18 Julai 2026 – Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim telah hadir mewakili YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ke Majlis Penutupan Johor Loop Rally 2026 yang berlangsung di Reef Seafood Restaurant, Iskandar Puteri.

Dianjurkan oleh Harley Owners Group Johor Bahru, Johor Loop Rally 2026 yang berlangsung dari 17 hingga 19 Julai 2026 telah menghimpunkan seramai 180 penunggang motosikal dari Malaysia dan Singapura dalam sebuah perjalanan bermotosikal yang melalui laluan Johor Bahru – Kluang – Mersing – Desaru – Johor Bahru.

Penganjuran Johor Loop Rally 2026 menjadi platform yang menghimpunkan peserta, rakan strategik dan komuniti sukan permotoran dalam meraikan semangat kesukanan serta persahabatan. Program ini turut membuka peluang mempromosikan keindahan destinasi pelancongan Johor, termasuk keunikan alam semula jadi, kepelbagaian budaya dan hospitaliti negeri tersebut kepada peserta tempatan serta antarabangsa.

Tourism Malaysia menyokong usaha memperkasa pelancongan berasaskan sukan melalui penganjuran program seperti ini yang berupaya menarik minat pelancong untuk meneroka destinasi Malaysia, di samping memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi pilihan bagi acara bertaraf dunia.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.