Monday, 5 February 2024

Hanya 1.4 juta pelancong China masuk Malaysia tahun lalu.

 

Dr Ammar pada sidang media di Melaka Wonderland Theme Park & Resort. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia pada tahun lalu dijangka mencecah 20 juta pengunjung, melebihi sasaran awal iaitu 18 juta pelancong.

Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Datuk Dr Ammar Abdul Ghapar berkata, pihaknya menyasarkan 18 juta pelancong pada tahun lalu dan setakat Oktober sasaran itu sudah dicapai.

"Jadi kita sangat optimis jumlah pelancong akan bertambah kepada kira-kira 20 juta orang pada Disember lalu.

"Ini satu keadaan yang sangat positif bagi kita kerana sasaran sebenarnya kurang daripada itu," katanya selepas Majlis Penganugerahan The Malaysia Book of Records 'Largest Lighting Event in Water Theme Park' dan 'First Lighting Event in Water Theme Park' yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Melaka Wonderland Theme Park & Resort, di Ayer Keroh, semalam.

Sementara itu, Ammar berkata, kekurangan penerbangan terus dari China mendorong kerajaan menawarkan insentif di bawah geran penerbangan bagi mencapai sasaran kemasukan lima juta pelancong negara itu tahun ini.

Katanya, ia antara tiga pilihan ditawarkan kepada syarikat penerbangan dan pengusaha bagi meningkatkan kemasukan apabila hanya 1.4 juta pelancong China ke Malaysia tahun lalu.

Menurutnya, insentif sama juga akan diberikan kepada syarikat sedia ada yang menambah kekerapan penerbangan dan menyediakan laluan baharu ke Malaysia.

"Bukan itu saja, kita juga meminta kepada syarikat-syarikat penerbangan ini supaya memikirkan untuk

membuat perjalanan yang baru dan akan dipertimbangkan untuk diberi insentif geran ini.

"Jadi kita beri sekurang-kurangnya tiga pilihan kepada syarikat penerbangan untuk menambah kapasiti kerusi untuk mencapai sasaran lima juta pelancong tahun ini dan persediaan TMM 2026," katanya.

-harian metro.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.