Friday 9 June 2023

Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia 2023 kembali lagi! Senarai Peserta @ 1 Utama Shopping Centre ( 9 ~ 11 Jun 2023 )

 


Tourism Malaysia melalui Bahagian Domestik dan Acara meneruskan penganjuran program Jerayawara ‘Jom Cuti-Cuti Malaysia (JCCM) 2023’ pada 9 hingga 11 Jun 2023 di 1 Utama Shopping Centre.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk merancakkan aktiviti pemasaran dan mempromosikan pelancongan domestik agar rakyat Malaysia terus keluar bercuti dan melancong di dalam negara, seterusnya meningkatkan ekonomi sektor pelancongan dan jumlah ketibaan pelancong domestik bagi tahun 2023.

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia pada 10 Jun 2023 jam 12:30 tengah hari.

Sebanyak 40 penggiat industri pelancongan tempatan akan mengambil bahagian dan menawarkan lebih 100 pakej pelancongan dengan tawaran diskaun antara 15% hingga 50%, eksklusif untuk pengunjung yang membeli pakej-pakej pelancongan di JCCM2023.

Pemamer-pemamer yang turut serta adalah:-

> Al Hakim Travel & Tours

> Avante Hotel

> Chocolate Museum

> Connection Project Tours

> D’Bilut Agrofarm

> Dynamic Tours Travel & Incentive

> Farm In The City

> Flywind Holidays

> Gopeng Glamping Park

> Hadigo Travel

> Honeyzone Langkawi

> Jom Travel Local

> Kejora Garden Resort Pangkor

> Kembara Resort, Setiu Terengganu

> KL Hop-On Hop-Off

> Kuak Hill Resort

> Kurma Travel

> Lotus Desaru Beach Resort And Spa

> Melati Tanjung Langkawi

> Menara Alor Setar

> Menara Kuala Lumpur

> Menara Taming Sari

> Ming Garden Hotel & Residences

> Nextgen Themepark

> One World Hotel

> PD Ostrich Show Farm

> Petrosains

> Raia Hotel

> Ritz Garden Hotel (Manjung)

> Salang Pusaka Resort Tioman

> Segar City Port Dickson

> Seroja Anggerik Travel & Tours

> Splash Out Langkawi

> Sunway Theme Parks

> The Jerai Hotel & Resort

> Time Free Vacation

> VI Vacation

> Vilagers Tioman Island

> Zoo Melaka & Night Safari

> 99 Wonderland Park

JCCM2023 akan diserikan dengan pelbagai pengisian menarik seperti persembahan kebudayaan, cabutan bertuah, kuiz pelancongan, demonstrasi kraftangan serta nantikan aksi ‘roti canai terbang’ oleh Chef Zainal.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.