IPOH: Kafe hiburan terkenal, Hard Rock Cafe akan
membuka premisnya di bandar raya ini pada Disember ini.
Pembukaan
cafe itu meletakkan bandaraya Ipoh dalam senarai lokasi Hard Rock Cafe selepas
Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Datuk
Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pembukaan kafe ini mampu
meningkatkan jumlah pelancong terutamanya pelancong antarabangsa.
Menurutnya,
kedudukan geografi Ipoh yang teretak di antara utara dan selatan seperti Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang juga memberi impak kepada kehadiran pengunjung.
“Kita
sasarkan Ipoh akan menjadi Bandar Pelancongan Utama Negara pada tahun 2025 dan
salah satu strateginya adalah dengan menarik jenama-jenama antarabangsa untuk
beroperasi di negeri ini.
“Kita
akan gerakkan kawasan ini sebagai kawasan baharu di tengah-tengah Semenanjung,
sebagai kawasan pelancongan berasaskan eko-pelancongan dan kesenian. Kita juga
dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO untuk Ipoh sebagai
bandar kreatif di bawah bidang seni dan muzik,” katanya kepada pemberita pada
majlis soft-lauch Hard Rock Cafe Ipoh di sini, semalam.
Turut hadir
Naib Presiden Hard Rock Cafe International (Asia Pasifik) Malcolm Chao, serta
Pengurus Besar Hotel Tiong Nam Group dan Hospitality, Johnny Lau.
Kata
Rumaizi, pembukaan Hard Rock Cafe Ipoh diharap akan membantu mempromosikan
Bandaraya Ipoh sempena Tahun Melawat Ipoh 2023, Tahun Melawat Perak 2024 dan
Tahun Melawat Malaysia 2025.
Rumaizi
berkata, terdapat lebih ramai pelancong melawat Ipoh, dengan penerbangan
mingguan dari Singapura dan Johor mencecah 45 perjalanan berbanding 14
perjalanan pada 2019.
“Kadar
penginapan di hotel juga meningkat apabila Ipoh merekodkan 50,000 pelancong
dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini,” katanya.
Sementara
itu, Lau berkata, Rock Shop yang menjual barangan Hard Rock akan mula
beroperasi pada 16 Jun tetapi kafe akan dibuka pada penghujung tahun.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.