Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sambut meriah sejurus tibanya menaiki 'akot-akot' sewaktu ke tapak Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Sungai di Kuala Besut di sini, hari ini. |
BESUT
16 April -Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini menyempurnakan
Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Kuala Besut.
Projek
bernilai RM250 juta yang dikenali sebagai Gerbang Pelancongan Antarabangsa
Terengganu itu bakal memberi manfaat kepada industri pelancongan dan nelayan
tempatan.
Ia
bukan sahaja akan mengakhiri masalah muara cetek yang menyukarkan bot keluar
masuk tetapi juga mencetus pelbagai potensi pembangunan di kawasan sekitar.
Ia
adalah antara janji kerajaan pada pilihan raya kecil Kuala Besut dahulu
melibatkan kerja mendalamkan muara dan membina benteng pemecah ombak.
Benteng
pemecah ombak melingkung sepanjang 1.85 kilometer di selatan dan 1.3 kilometer
di utara.
Kuala
Besut dalam lingkaran kehidupan masyarakat nelayan merupakan pintu masuk ke
pulau Perhentian, salah sebuah pulau terindah di dunia.
Yang
turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Menteri Sumber
Asli dan Alam Sekitar; Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri
Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.