KUALA TERENGGANU 9 April -
Festival Seni Duyong 2017 di pulau penempatan tradisional di sini yang makin
menjadi tarikan pelancong, kembali buat tahun ketiga dengan menyajikan pelbagai
pengisian menarik sepanjang bulan ini.
Program yang julung kali
dilakukan dalam tempoh yang panjang, kini diberi nafas lebih segar dengan
penglibatan Jabatan Pelancongan Terengganu selaku penganjur dengan kerjasama
Duyong Art Gallery.
Ia berlangsung pekarangan
jeti pulau Duyong berkonsepkan ‘Anok Tranung’ yang antara lain mengetengahkan
hasil karya seni tempatan
seperti seni foto,
lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik, aktiviti bot penambang dan
persembahan kesenian.
Selain pameran,
demonstrasi dan persembahan, turut diadakan aktiviti jualan di jeti dengan
menarik penglibatan 60 pengusaha kreatif serta diskusi ilmiah mengenai seni
warisan.
Prapelancaran program itu
telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Tun Ahmad
Faizal Tun Abd. Razak di Duyong
Art Gallery di sini
semalam.
Yang hadir sama,
penyelaras acara, Nik Mohd. Hazuwal Nik Lah dan penasihat Duyong Art Gallery,
Rohani Longuet.
Orang ramai yang berminat
boleh merujuk laman Facebook, Instagram dan Twitter Duyong Art Festival untuk
mengetahui kegiatan harian.
Acara kemuncak program
yang disasarkan dapat menarik 20,000 pengunjung ini akan bermula pada 28 hingga
30 April.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.