RAUB 24 Feb. - Kementerian Pelancongan akan memperhebatkan lagi promosi pelancongan inap desa bagi menarik lebih ramai pelancong asing melawat ke negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, selain pelancong tempatan, produk pelancongan itu kini semakin mendapat tempat dan terkenal di kalangan pelancong asing dari Singapura, Australia, Jepun, Korea Selatan, China, Eropah dan Amerika Syarikat.
Menurutnya, hasil kajian yang dijalankan mendapati pelancong terbabit lebih gemar menginap di inap desa kerana mendapat gambaran sebenar dengan lebih dekat mengenai budaya dan cara hidup rakyat berbilang kaum.
"Sejak dilancar pada 2005, pelancong yang menginap di inap desa berjumlah 32,000 orang dan kini meningkat kepada 255,000 pelancong pada 2011.
"Berdasarkan statistik itu, jumlah pelancong yang menggunakan perkhidmatan itu boleh ditingkatkan lagi tetapi pada masa sama jumlah kediaman juga perlu ditambah,'' katanya. Beliau berkata demikain kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Riang-Ria Tahun Baharu Cina di Dataran Raub di sini malam tadi.
-utusan online.
www.go2homestay.com
Malaysia Truly Asia X Cuti-Cuti Malaysia. Inilah Masanya, Cuti-cuti Malaysia. IMT-GT Visit Year 2023-2025. Visit Melaka 2024-2026. Visit Perlis 2024-2026. Visit Homestay Malaysia 2025. Visit Kedah 2025. Visit Selangor 2025. Visit Malaysia 2026. Visit Johor 2026. Visit Negeri Sembilan 2026. Malaysia Year of Medical Tourism 2026. Compiled and managed by Farsa.
www.homestaymelaka14.blogspot.com Melaka Homestay di Taman Bertam Setia Kawasan Bandar di melaka yang selesa, bersih, strategik dengan harga berpatutan. Mempunyai 2 buah rumah bersebelahan. Penginapan yang mudah dicari kerana terletak di tepi highway. Sesuai untuk keluarga dan rombongan ( 20 orang untuk 2 buah rumah
ReplyDelete