Nor Mohamed (dua dari kanan) bersama Khalid (kanan) serta Pengurus Besar Underwater World Langkawi, Lynn Zubir (kiri) melihat Pasport Pelancongan Langkawi selepas majlis pelancaran di Bangunan LADA, Kuah, semalam. - Foto Amran Hamid
Langkawi: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama penggiat industri pelancongan Langkawi menerbitkan Pasport Pelancongan Langkawi dalam usaha memastikan pelancong tinggal lebih lama di pulau peranginan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli, berkata sejak pelancaran pelan perancangan pelancongan Langkawi, petanda positif dapat dilihat termasuk jumlah pelancong bertambah iaitu lebih 3 juta tahun lalu.
Katanya, walaupun pertumbuhan ketibaan pelancong ke Langkawi setanding dengan pulau lain, namun ketinggalan dari segi dua faktor utama iaitu tempoh purata penginapan dan perbelanjaan harian pelancong.
LADA mengambil inisiatif menerbitkan Pasport Pelancongan Langkawi bagi memastikan pelancong dapat tinggal lebih lama dan melawat semua produk di pulau ini.
Selain itu, pemegang pasport ini juga akan dapat menikmati ganjaran istimewa iaitu diberi potongan harga untuk membeli-belah jika sudah melawat kesemua produk itu.
Tarik pengunjung
Ini adalah kaedah pemasaran luar biasa dan mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Langkawi serta mampu menjana pendapatan masyarakat tempatan jika pelancong membeli barangan dan menetap lebih lama, katanya pada majlis pelancaran Pasport Pelancongan Langkawi yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, di Auditorium Kompleks LADA, di sini, semalam.
Sementara itu, Nor Mohamed berkata, pasport berkenaan diharap dapat menarik pelancong untuk tinggal lebih lama di Langkawi kerana ia mengandungi maklumat berkenaan 13 produk pelancongan, sembilan restoran dan lima kedai bebas cukai.
-Berita Harian.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.