Thursday, 29 December 2022

Pelancaran Digital Tourist Fun Map Penampang oleh Tourism Malaysia & Persatuan Pelancongan Penampang

 


Pelancaran Digital Tourist Fun Map Penampang oleh Tourism Malaysia Sabah bersama Persatuan Pelancongan Penampang di Monsopiad Heritage Village pada 29 Disember 2022. 

Turut hadir melancarkannya ialah En. Francis Chong, Pegawai Daerah Penampang, wakil Sabah Tourism Board (STB) dan En. Benjamin Golimbi, Presiden Persatuan Pelancongan Penampang (PTA).

-Tourism Malaysia Sabah.

Wednesday, 28 December 2022

Glamping Wetland Putrajaya terima Pensijilan MS 2610

 


Secara rasmi Glamping Wetland Putrajaya telah menerima Pensijilan MS 2610 : 2015 MUSLIM FRIENDLY HOSPITALITY SERVICE FOR ACCOMADATION ( GLAMOUR CAMPING TENTS ) FOOD AND BEVERAGES, RECREATIONAL AND ADVENTURE ACTIVITIES.

Untuk pengetahuan, pihak GLOW bersungguh sungguh  dalam usaha memastikan segala perlaksanaan operasi syarikat ke arah yang lebih efiksyen ,berdaya saing dan konsisten.

GLOW amat berbesar hati diatas pengiktirafan ini.

Ribuan Terima kasih kepada pihak SIRIM diatas komitmen yang diberi sepanjang proses audit berlangsung dalam mencapai standard piawaian yang telah ditetapkan.

-GLOW Putrajaya fb.

Tuesday, 27 December 2022

Kembalikan ‘aura’ Tasik Bera

 


BERA: Usaha membangunkan semula Kompleks Pelancongan Tasik Bera di sini termasuk usaha melindungi, memulihara ekosistem dan mengembalikan ‘aura’ tasik air tawar semula jadi terbesar negara tersebut perlu diserahkan kepada syarikat yang benar-benar berkemampuan dan mempunyai perancangan yang jelas.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Bera, Khairol Amin Mohd. Tahir berkata, ini kerana syarikat yang diberikan tanggungjawab memajukan Tasik Bera sebelum ini gagal melaksanakan tugasnya.

Katanya, impak kegagalan syarikat itu memberikan kesan buruk kepada imej Tasik Bera sebagai salah satu destinasi ekopelancongan istimewa flora dan fauna ternama negara.

“Sejak beberapa tahun lalu, Tasik Bera yang merupakan tasik semula jadi di kawasan Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) seolah-olah tiada dalam radar pelancongan negara.

“Oleh itu, Tourism Pahang yang memperlawa syarikat baharu perlu mengambil kira kemampuan dan keikhlasan pemaju untuk mengembalikan tarikan Tasik Bera,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Khairol Amin berkata, sebagai anak jati Bera, beliau terkilan dengan ketidakmampuan pihak berkenaan memajukan Tasik Bera sebagai produk pelancongan berasaskan alam semula jadi.

Beliau berkata, jika dieksploitasi sepenuhnya keindahan semula jadi Tasik Bera bersama kehidupan masyarakat Orang Asli etnik Semelai di situ, ia mampu memberi impak ekonomi kepada kehidupan penduduk setempat.

Tambah beliau, Tourism Pahang difahamkan sedang memilih syarikat baharu untuk membangunkan Kompleks Pelancongan Tasik Bera.

“Persatuan bersedia bekerjasama dengan syarikat baharu demi kemajuan pelancongan Bera dan negeri Pahang.

“Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Bera akan mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man bagi membincangkan isu ini,” katanya.

Menurutnya, diharap Yu Man yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang selaku wakil rakyat dalam Parlimen Bera dapat berperanan bagi meletakkan Tasik Bera sebagai lokasi tarikan pelancongan negara.

Ini kerana ujarnya, Tasik Bera yang terletak di sempadan Daerah Rompin melalui Bandar Muadzam Shah mudah dikunjungi pelancong sekiranya rangkaian jalan raya dinaik taraf dan Tasik Bera mempunyai ‘aura’ untuk dikunjungi. Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kira-kira 450 hektar kawasan tasik itu diceroboh sejak dua tahun lalu mengakibatkan pelbagai jenis pokok balak terutama spesies merawan jantan ditebang, sekali menjejaskan ekosistem kawasan itu. 

-utusan online.

Monday, 26 December 2022

Batik Air to launch flights from KLIA to Sapporo, Osaka next month

 


KUALA LUMPUR: Batik Air, formerly Malindo Air, will be launching flights from Kuala Lumpur International Airport to Sapporo and Osaka via Taipei from Jan 3 and Jan 20 next year respectively.

The announcement was made after the recent launch of its four-time weekly flights on the popular Kuala Lumpur-Tokyo route.

"The new flights are deployed to meet the growing demand for travel between Malaysia and Japan," the airline said in a statement.

In conjunction with the launch of the new routes to Japan, Batik Air is offering promotional fare tickets which are now available for booking for Kuala Lumpur to Sapporo from as low as RM1,590 all-in for economy class.

For flights from Taipei to Sapporo, promotional one-way economy class fare starts from NT$4,695.

Economy class promotional fare from Sapporo to Kuala Lumpur starts from 57,300 Japanese yen, whereas, for flights from Sapporo to Taipei, one-way economy class fare starts from 22,010 Japanese yen.

Chief executive officer Captain Mushafiz Mustafa Bakri said with the launching of these routes to Sapporo and Osaka, Batik Air was highly optimistic of the market growth to the land of the rising sun.

"In addition to the four-time weekly flights to Osaka, and three-time weekly flights to Sapporo, Batik Air is planning to increase flights to Tokyo to seven times a week. By March next year, Batik Air will have a combined 14 weekly flights between Malaysia and Japan," he said.

Mushafiz added that Batik Air wanted to create more options in regional connectivity and tapping on a huge tourism potential with the introduction of routes to Japan.

-nst online.

Friday, 23 December 2022

The World of DC Exhibition launched at Tropicana Gardens Mall

 

The reopening of borders has led to an increase in events in Selangor, according to Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.


Amirudin said as the gateway to Malaysia, the state is proud to host international events such as "The World of DC Exhibition", at Tropicana Gardens Mall, Tropicana Indah.


"Events like this have the pull factor for the tourism industry as well as the potential to drive economic growth, retail expansion, and community engagement across all ages and backgrounds," he said after officiating the World of DC Exhibition recently.


Amirudin hoped to see domestic and international tourist arrivals continue to rise as a pillar of the state's economy.


"The World of DC exhibition" is being introduced in Asia by Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment and the Beast Kingdom.


The exhibition will run from December 23, 2022, to April 1, 2023, and will include life-size exhibits, interactive elements, movie props, concept art, costumes, and exclusive merchandise honouring iconic DC Super Heroes such as Superman, Batman, Wonder Woman, and Aquaman, and Super-Villains like Harley Quinn, Joker, and El Diablo.


There are seven themed zones focusing on specific characters and themes, ranging from the Dawn of Justice, featuring Superman and Batman, to the Rise of Super-Villains, highlighting the Birds of Prey and Suicide Squad.


The themed zones include fan-favourite vehicles, gadgets, and more from the DC Universe, including Superman's emblematic blue and red suit, Batman's Batmobile, Knight Crawler, Bat-Signal, and Wonder Woman's costumes.


Along the way, visitors can experience the excitement of wielding superpowers through interactive showcases such as Wonder Woman's Training Field, Aquaman's Aquarium, and more.


Tickets are priced at RM38 for children aged three to 12 years, RM55 for MyKad holders, RM65 for non-MyKad holders, and RM150 for Express tickets.


-nst online.

https://www.facebook.com/wodcexhibition

Thursday, 22 December 2022

Program Tourism Malaysia Net-work Sesh 2022 Siri 2

 


Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah menganjurkan Program Tourism Malaysia Net-work Sesh 2022 Siri 2  bertemakan Agro & Lifestyle pada 21 Disember 2022 bertempat di Dewan Sanggar Pujangga (MOTAC). Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Musa Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia.

Objektif utama penganjuran program ini adalah bagi menyediakan platform untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai Tourism Malaysia tentang produk-produk pelancongan yang baharu atau sedia ada di sesuatu destinasi. 

Program ini dapat dimanfaatkan bagi tujuan promosi serta mewujudkan jaringan hubungan dua hala yang baik di antara penggiat industri pelancongan negara dengan pegawai Tourism Malaysia khasnya.

Dalam siri ini, sebanyak 5 produk pelancongan terlibat secara langsung memberi pembentangan khas bagi produk mereka serta membuat promosi produk di tapak pameran yang disediakan. Produk yang terlibat adalah Farm Fresh @ UPM, Gamuda Cove, Farm In The City, Nur Taj Spa dan Thinkers café.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 20 December 2022

Resumption of KLIA Ekspres & KLIA Transit Services from 3 January 2023

 


Kuala Lumpur, 15th December 2022 – Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) is going to resume KLIA Ekspres and KLIA Transit services from 3 rd January 2023 to cater to the increasing passenger ridership. Air travellers will be pleased to know that they can once again enjoy a nonstop 28-minute ride between KL Sentral and KLIA (KLIA2: 33 minutes), making KLIA Ekspres still the fastest airport transfer in town.

ERL has been running combined train services following the drop in passenger ridership due to the COVID-19 pandemic. With the resumption of the dedicated services, the KLIA Ekspres will run every 20 minutes during morning and evening peak hours. The KLIA Transit frequency will also be revised to run every 15 minutes during weekday peak hours, with the peak hours to be extended to 8 pm (currently 7 pm) for the convenience of commuters.

At its peak, there will be a total of 7 train services running every hour. Both services will run at 30-minute intervals during off-peak. At KL Sentral, the KLIA Ekspres train departure point will revert to the Departure Hall platform.

To welcome back and thank its loyal customers, ERL will be offering “Double Hop-piness Rewards” for EkspreSmiles members to earn 2X EkspreSmiles Points on selected train tickets purchased online. The campaign will run from 3rd to 31st January 2023 to coincide with the upcoming Chinese New Year celebration.

ERL encourages customers to sign up as an EkspreSmiles member and buy tickets via its KLIA Ekspres app or website so that they can enjoy a 10% online discount as well as earn points which they can redeem for discounts on future purchases. Passengers are advised to check the train schedule and plan their journey ahead to minimise their waiting time, as well as ensure sufficient time to make their flights.

For the full train schedules and promotion updates, please visit www.KLIAekspres.com or KLIA Ekspres Facebook. The public can also get further assistance through Customer Enquiry at (03) 2267 8000 (Monday to Friday, 8:30 am – 6:00 pm), KLIA Ekspres Facebook and Twitter.


-Express Rail Link Sdn Bhd.

Monday, 19 December 2022

Tourism Malaysia Lancar ‘FUN MAP HOMESTAY NEGERI SEMBILAN’

 


PORT DICKSON, 18 Disember 2022 – Bersempena dengan program Jom Poie Homestay Negeri Sembilan, Tourism Malaysia telah melancarkan Fun Map Homestay Negeri Sembilan yang dilengkapi dengan butiran homestay terkini di sekitar tujuh (7) daerah negeri tersebut.

Pelancaran Fun Map Homestay Negeri Sembilan merupakan acara penutupan bagi program Jom Poie Homestay Negeri Sembilan yang berlangsung dari 16 hingga 18 Disember 2022 dan dihadiri oleh 30 peserta terdiri daripada agensi pelancongan, pemandu pelancong dan juga pihak media.

Dirasmikan oleh Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, majlis turut dihadiri oleh Puan Siti Mazlina Maidin, Pengarah MOTAC Negeri Sembilan; Encik Mohd Farhan Mohd Salleh, Pengurus Promosi dan Pemasaran, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan; Encik Azmi Abdullah, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, pengusaha-pengusaha homestay dan pemain pelancongan tempatan.

Encik Iskandar berkata, inisiatif ini memfokuskan trend pelacongan terkini iaitu experiential tourism yang memberi peluang kepada para pelancong untuk berinteraksi serta menyelami gaya hidup seharian masyarakat kampung termasuk mengenali dengan lebih dekat tentang kebudayaan dan tradisi masyarakat tempatan.

“Sehingga bulan September 2022, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya merekodkan seramai 67,360 pelancong yang telah menginap di homestay seluruh Malaysia merangkumi pelancong antarabangsa dan domestik dengan jumlah pendapatan sebanyak RM 3.1 juta,” tambah beliau.

Antara pakej dan produk homestay yang dipromosikan termasuklah pakej 3 hari 2 malam di Homestay D’Pelanduk Best, Port Dickson; pakej 2 Hari 1 malam di Homestay Pelegong, Labu; pakej 3 hari 2 malam di Homestay Lonek, Bahau; pakej 1 hari di Homestay Klawang; pakej 2 hari 1 malam di Homestay Pachitan, Port Dickson dan pakej 2 hari 1 malam di Homestay Kampung Rawa, Lenggeng.

-Tourism Malaysia.

Saturday, 17 December 2022

Tourism Malaysia Awarded The National Tourism Organisation Of The Year At The 13th Indonesia Travel And Tourism (ITTA) Awards 2022/2023

 


JAKARTA, 16 December 2022 – Tourism Malaysia has won the National Tourism Organisation of The Year for the third time at the 13th Indonesia Travel & Tourism Awards 2022/2023, which took place at Artotel Suites Mangkulur Hotel, Jakarta. 

Tourism Malaysia won the same award in 2019 and 2021.

An annual event aiming at the better growth and development of Indonesian tourism, ITTA is organised by the ITTA Foundation, which was established in the year 2010. This event aims to create awareness in assuring the quality of strong brands serving the Indonesian market. The National Organisation of The Year award was presented to Mr. Junus Suhid, the Overseas Director for Tourism Malaysia Jakarta Office.

Dato’ Zainuddin Abdul Wahab, Director General of Tourism Malaysia, welcomed the prestigious recognition, and acknowledged the award as a tribute to Tourism Malaysia for its active role and participation in consistent promotion through the mainstream and social media platform as well as engagement with Indonesia industry players and media. 

This year’s ceremony presented a total of 45 awards as a symbol of appreciation for the unparalleled efforts of the tourism industry players, including travel agencies, hotels, hospitality investors and foreign tourism boards.

Through this recognition, Tourism Malaysia aims to further restore the confidence among the industry players to continue promoting and selling Malaysia’s attractions and tourism products.

For the Indonesian market, Tourism Malaysia Jakarta is optimistic to receive more than 1,000,000 pax Indonesian tourists visiting Malaysia for the year 2022 since its international border reopening on 1st April 2022.

-Tourism Malaysia.

Tourism Malaysia Anjur Program Jerayawara Bersama Penggiat Industri Pantai Timur Di Sarawak

 


KUCHING, 14 Disember 2022 - Tourism Malaysia hari ini menganjurkan program jerayawara antara penggiat industri dari Wilayah Timur dan Sarawak bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan domestik serta mempromosikan pakej-pakej pelancongan dan produk yang menarik dan terkini.

Program ini bertujuan menarik minat pelancong dari Sarawak untuk melancong ke negeri-negeri di Wilayah Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan menerusi penganjuran sesi perniagaan ke perniagaan (B2B) yang dihadiri oleh penggiat industri dan pengendali pelancongan.

Penganjuran kali ini merupakan timbal balas kepada program Jerayawara ‘Jom Ke Sarawak’ siri pertama yang telah berlangsung di Wilayah Timur iaitu Kota Bharu, Kelantan dan juga Wilayah Utara di Pulau Pinang pada bulan Mei lalu.

Program yang berlangsung di Hotel Pullman, Kuching itu disempurnakan oleh Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin Ibrahim; Puan Zuraini Abdul Ghani, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur; dan Puan Nurul Mardiana Abdul Alim, Penolong Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Encik Iskandar Mirza berkata, penganjuran program ini merupakan platform terbaik untuk penggiat industri pelancongan dari Pantai Timur menjalinkan kerjasama dan mengadakan perbincangan perniagaan bersama pemain industri pelancongan di Sarawak.

“Program ini adalah salah satu usaha bagi merancakkan kembali aktiviti-aktiviti pelancongan Pantai Timur serta mempromosikan negeri-negeri di Pantai Timur sebagai salah satu destinasi pilihan kepada pelancong domestik di Sarawak,” katanya.

“Dengan adanya penerbangan terus dua hala antara Kota Bharu dan Kuching sebanyak 3 kali seminggu, ia bukan sahaja memudahkan perjalanan ke Kelantan, malah pakej-pakej pelancongan ini juga dapat dibangunkan dengan lebih mudah meliputi negeri Pahang dan Terengganu,” katanya.

-Tourism Malaysia.

Thursday, 15 December 2022

“DISCOVER PUTRAJAYA” Ketengahkan 11 Produk Menarik Untuk Pembangunan Pakej Pelancongan

 


PUTRAJAYA, 15 Disember 2022 - Tourism Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan program “Discover Putrajaya” Lawatan Produk Pelancongan dan Bengkel Pembangunan Pakej Putrajaya Untuk Agensi Pelancongan Dan Media 2022 dalam usaha merancakkan promosi pelancongan domestik.

Program ini bertujuan memastikan inisiatif yang berterusan bagi mempromosikan produk-produk pelancongan menarik dan unik di Putrajaya, khususnya menerusi pembangunan serta penjualan pakej oleh agensi-agensi pelancongan.

Sebanyak 10 agensi pelancongan dan enam wakil media menyertai program berkenaan yang berlangsung selama 3 hari bermula 13 Disember 2022 dengan 11 produk pelancongan diketengahkan mengikut syor Perbadanan Putrajaya meliputi tarikan utama, produk baharu, ekopelancongan, agropelancongan, gastronomi dan segmen pelancongan minat khas.

Produk-produk pelancongan tersebut merangkumi projek penternakan kelulut di Kebun Kelulut Komuniti Presint 15, kedai coklat terbesar di Lembah Klang iaitu Souq Shoppe@ Putra Mosque dan Putrajaya Story di Presint 1, Cruise Tasik Putrajaya, Glamping @ Wetland Putrajaya, Kompleks Nasyrul Quran yang merupakan pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia, Taman Ekuestrian Putrajaya, Taman Wetland, pantai buatan di Anjung Floria, Putrajaya Seafood Restaurant dan terbaharu, Taman Cahaya Putra Perdana & Tangga Putrajaya di Presint 1.

Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, penganjuran program “Discover Putrajaya” merupakan salah satu usaha berterusan Tourism Malaysia dalam meningkatkan promosi pelancongan domestik selari dengan aspirasi kerajaan untuk terus memperkukuhkan sektor pelancongan dalam negara di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022.

“Melalui penganjuran lawatan dan bengkel pembangunan pakej pelancongan, para peserta bukan sahaja dapat merasai sendiri pengalaman melawat serta mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan produk-produk pelancongan yang dilawati, malahan penambahbaikan tawaran pakej juga dapat disesuaikan dengan trend pelancongan terkini.

“Sebagai bandar yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan bertaraf dunia, promosi pelancongan Putrajaya harus terus dipertingkatkan selari dengan visi untuk mencapai Putrajaya Mampan dan ke arah Global City,” katanya.

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 14 December 2022

“Discover Putrajaya” Lawatan Produk Pelancongan Dan Bengkel Pembangunan Pakej Putrajaya Untuk Agensi Pelancongan Dan Media 2022

 


13 Disember 2022 (Selasa) Hari Pertama : Ketibaan peserta-peserta dan briefing mengenai Program “Discover Putrajaya” Lawatan Produk Pelancongan Dan Bengkel Pembangunan Pakej Putrajaya Untuk Agensi Pelancongan Dan Media 2022.
Program ini merupakan usaha sama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Tourism Malaysia yang akan berlangsung bermula 13 hingga 16 Disember 2022 (Selasa - Jumaat).
Program ini bertujuan memulihkan kembali sektor pelancongan pasca Covid-19 dengan menggiatkan promosi dan kerjasama pemasaran dengan rakan strategik seperti Tourism Malaysia, pemilik produk pelancongan, media & agensi pelancongan.
-Perbadanan Putrajaya fb.

Tuesday, 13 December 2022

#travelution Photography Contest In Conjunction With The 50th Anniversary Of Tourism Malaysia

 

In conjunction with the 50th Anniversary of Tourism Malaysia, we invite you to take part in a #travelution photography competition organised by KLiK, Galeri Prima, and Tourism Malaysia.

How do I participate? You just need to share photos that describe Malaysia THEN and NOW.

Ensure that your Instagram account is set to PUBLIC. * Additional terms and conditions apply.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 11 December 2022

Tourism Malaysia won The Most Attractive Booth Award at the Vietnam International Travel Mart Danang 2022.

 


Tourism  Malaysia Booth was awarded The Most Attractive Booth at the Vietnam International Travel Mart Danang 2022.

Tourism Malaysia Ho Chi Minh office participated in Vietnam International Travel Mart 2022 Danang from 9-11 Dec 2022 at Danang Center Expo.

-Tourism Malaysia Ho Chi Minh.

MFGA kukuhkan rangkaian industri pelancongan negara

 


KUALA LUMPUR: Malaysia Flying Golfers Association (MFGA) yang ditubuhkan kira-kira 40 tahun lalu terus memainkan peranan penting dalam mewujudkan rangkaian perhubungan antara pemain industri pelancongan domestik dan antarabangsa.

Ini terbukti dengan kejayaan acara kejohanan golf Grand Final MFGA yang berlangsung di Forest City Golf Resort dan Horizon Hill Golf & Country Club, Johor Bahru, baru-baru ini dengan penyertaan lebih 100 pemain yang terdiri daripada ahli-ahli MFGA, penaja dan jemputan.

Daripada jumlah itu, seramai 20 pemain adalah peserta dari luar negara seperti Thailand, Taiwan, Korea dan Vietnam. 

Menurut Presiden MFGA, Zulkifli Mohd. Razali, melalui platform golf, MFGA berperanan mewujudkan hubungan antara pemain industri dengan pihak kementerian pelancongan dan juga untuk pelanggan MFGA. 

Katanya, merangkumi ketiga-tiga sasaran itu, MFGA percaya dan yakin usaha mewujudkan gabungan pelancongan antara Malaysia dengan negara-negara luar mampu direalisasikan.

“Pada masa akan datang, MFGA juga merancang untuk bergabung dalam Pertubuhan Pelancongan Golf Antarabangsa (IGTO). 

“Dengan menyertai gabungan ini, ahli-ahli MFGA dapat mempromosi industri golf dalam negara sekali gus menggalakkan industri pelancongan domestik,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang di Horizon Hill Golf & Country Club.

Menurut Zulkifli, melalui penyertaan dalam IGTO, ahli-ahli MFGA juga dapat mempelajari dengan negara-negara luar seperti Australia, Thailand dan lain-lain negara bagaimana untuk memperkembangkan industri pelancongan golf di Malaysia dengan menganjurkannya secara lebih profesional. 

Sementara itu, mengulas mengenai grand final MFGA, Zulkifli berkata, kejohanan akhir tersebut adalah kali pertama dianjurkan di luar Lembah Klang selepas beberapa pusingan kelayakan diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, pihak MFGA memilih Johor kerana di negeri ini terdapat banyak padang-padang golf yang cantik dan menarik selain turut membantu mempromosi pelancongan Johor kepada peserta luar negara yang menyertai kejohanan grand final MFGA kali ini.

“Sebenarnya kejohanan golf ini adalah satu platform untuk kita mewujudkan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pemain industri pelancongan antara Malaysia dan negara-negara luar seperti Korea, Vietnam, Taiwan dan Singapura,” ujarnya.

Dalam kejohanan Grand Final yang berlangsung selama dua hari itu, Mustaffa Kamal Ab. Wahab muncul juara bagi Medal A kategori ahli MFGA dengan mengumpul 80 mata, diikuti naib juara, Dzulkarnain Baharudin (76 mata) dan tempat ketiga, Mokhtaruddin Dahiri (75).

Dzulkarnain yang juga turut diumumkan sebagai pemenang Order Of Merit selepas 1,930 mata diikuti Ahmad Johanif Mohd. Ali dengan kutipan 1,720 mata.

Sementara bagi Medal B kategori ahli MFGA dimenangi oleh Zulkamal Abdullah dengan 85 mata, manakala tempat kedua Rathakrishnan (72 mata) dan ketiga Syed Farieh juga 72 mata.

Manakala bagi kategori jemputan pula juara menjadi milik Vincent Lee Weng Sun selepas mengumpul 43 mata, dan naib juara dirangkul Ismadi Manap dengan 39 mata.

-utusan online.

Premier Challenge Cup Putrajaya 2022 @ Taman Ekuestrian Putrajaya (10, 17 & 18 December 2022 )

 


Saksikan kehandalan para atlet dalam acara Premier Challenge Cup Putrajaya 2022 dalam disiplin Endurance, Jumping, Dressage dan Tent Pengging di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Bawa rakan - rakan dan ahli keluarga kerana kemasukan adalah PERCUMA.


-Taman Ekuestrian Putrajaya fb.

Saturday, 10 December 2022

Tourism Malaysia Launches 2nd Edition Of ‘SABAH & LABUAN 101 DIVE TREASURES’ Directory

 


KOTA KINABALU, 9 December 2022 – Tourism Malaysia in collaboration with the Malaysian Scuba Diving Association (MSDA) and Sabah Parks launched a new version of the dive sites directory titled Sabah & Labuan 101 Dive Treasures – A Diver’s Ultimate Playground, as part of Tourism Malaysia’s efforts in reinvigorating the diving industry in Sabah and Labuan.

Sabah has been known as one of the popular diving destinations where the world-class diving site Sipadan Island is located. Strategically situated in the Coral Triangle; the global centre of marine biodiversity, Sabah’s underwater attraction is blessed to be part of a rich marine environment that includes the highest diversity of coral reefs in the world. A total of 605 of the 798 types of coral reefs from around the world are found in the Coral Triangle while 15 of those are endemic to the area of ​​the triangle.

Scuba diving in Sabah and Labuan offers a variety of experiences, being surrounded by schools of hammerheads at the pristine coral atoll of Layang-Layang, prancing with turtles and twirling tornadoes of barracudas in Sipadan Island, discovering the weird and delightful world of Sabah's incredible macro dive sites at the island of Mabul and Kapalai, or be spellbound by the encrusted walls of four Labuan shipwrecks with colourful soft and hard corals, feather stars and anemones where it is also ‘home’ to an incredible variety of fishes, both large and small.

This directory aims to update information about scuba diving locations and operators in Sabah and Labuan, opening new doors for a promising, one-of-a-kind diving adventure. Several diving destinations have been added to the new brochure, namely Selakan Island, Sepanggar Island, Timba-Timba Island, Lahad Datu, Kota Belud, as well as newly found Vernon Banks in Labuan, all of which hold tremendous potential for underwater tourism. Apart from listing Sabah’s many dive sites, the brochure also provides a directory of dive operators, resorts, and a map of diving locations in Sabah and Labuan.

The event was officiated by Mr Iskandar Mirza Mohd Yusof, the Deputy Director General (Planning) of Tourism Malaysia. Also present were Ms Noredah Othman, Chief Executive Officer of Sabah Tourism Board; Dr Maklarin Bin Lakim, Director of Sabah Parks; Ms Ednie Rahma Ab Rahim, Director of Tourism Malaysia Sabah, other Government Officials and local tourism players.

According to Mr Iskandar, the launch of the updated brochure is aimed to encourage and attract diving enthusiasts to choose Sabah and Labuan as the preferred diving destinations in Malaysia and regarded it as a timely move as divers are seeking to rediscover the underwater paradise and explore new diving sites after being confined at home for two years due to pandemic. “I hope this brochure will help promote Sabah and Labuan’s many diving attractions such as Blue Ring Reef in Lahad Datu, Shipwrecks in Labuan, and Selakan Island, to name a few. These dive sites offer amazing, rich marine life and unparalleled fascinating opportunities for exploration,” said Mr Iskandar.

Information on Sabah and Labuan dive operators as well as resorts can be viewed and downloaded via the QR code featured in the brochure. "Sabah & Labuan 101 Dive Treasures" – A Diver’s Ultimate Playground brochure can also be accessed at www.malaysia.travel and on Tourism Malaysia Sabah’s social media platforms, Facebook and Instagram.

-Tourism Malaysia.

Friday, 9 December 2022

MOTAC jamin bantu naik taraf kemudahan pelancongan tempatan

 


KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan membantu menaik taraf kemudahan dan premis pelancongan tempatan di Sabah.


Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing semasa pertemuan bersama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Arifin di Putrajaya hari ini.


Jafry berkata, dalam pertemuan itu, King Sing memberi jaminan kementerian di peringkat Persekutuan akan membantu usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur pelancongan tempatan yang terdapat di Sabah.


Beliau berkata, pelancongan berasaskan kominiti kini menjadi pilihan pelancong tempatan dan juga pelancong asing di Sabah maka, bantuan harus diberikan bagi membolehkan produk pelancongan ditawarkan memenuhi harapan pelancong.


“Kita lihat trend pelancongan kita sudah berbeza kerana lebih ramai yang pergi ke tempat seperti ini dan mereka mahu melihat keindahan alam semulajadi sekali gus mengalami sendiri kehidupan serta budaya masyarakat di sesebuah tempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Hadir sama dalam Kunjungan Hormat itu ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh Sandhu dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman.


afry berkata, Kementerian Pelancongan di peringkat negeri menyabut baik hasrat Motac dalam membantu pengusaha pelancongan menaik taraf kualiti infrastruktur sedia ada demi memberi keselesaan kepada pelancong.


Menurut beliau lagi, antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk isu pembaharuan lesen bas persiaran dan kenderaan sewa pandu (BPKSP) di Sabah.


Jelas beliau, Motac memandang serius isu pengoperasian sektor pelancongan dan King Sing komited untuk menyelesaikan isu terbabit secara tuntas.

Usaha-usaha sebegitu dilihat akan membantu memulihkan sepenuhnya industri pelancongan negara.


Jafry juga yakin kerjasama strategik antara Kementerian Pelancongan di peringkat negeri dan Persekutuan bakal memberi impak besar khususnya kepada pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan di Sabah.


Dalam memastikan penggiat industri pelancongan terus berdaya saing, kementeriannya juga akan memohon bantuan atau insentif kerajaan menerusi Motac bagi membantu dari segi promosi dan pemasaran produk-produk pelancongan dan kebudayaan Sabah.

-utusan online.