Thursday, 22 December 2022

Program Tourism Malaysia Net-work Sesh 2022 Siri 2

 


Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah menganjurkan Program Tourism Malaysia Net-work Sesh 2022 Siri 2  bertemakan Agro & Lifestyle pada 21 Disember 2022 bertempat di Dewan Sanggar Pujangga (MOTAC). Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Musa Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia.

Objektif utama penganjuran program ini adalah bagi menyediakan platform untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai Tourism Malaysia tentang produk-produk pelancongan yang baharu atau sedia ada di sesuatu destinasi. 

Program ini dapat dimanfaatkan bagi tujuan promosi serta mewujudkan jaringan hubungan dua hala yang baik di antara penggiat industri pelancongan negara dengan pegawai Tourism Malaysia khasnya.

Dalam siri ini, sebanyak 5 produk pelancongan terlibat secara langsung memberi pembentangan khas bagi produk mereka serta membuat promosi produk di tapak pameran yang disediakan. Produk yang terlibat adalah Farm Fresh @ UPM, Gamuda Cove, Farm In The City, Nur Taj Spa dan Thinkers café.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.