KUALA
LUMPUR — Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Pelancongan Pendidikan
Edu+ 2.0, EatVenture dan Pakej Taste of Orchard bersempena Kempen Melawat
Malaysia 2026–2027, sebagai usaha mempelbagaikan portfolio produk pelancongan
berasaskan pengalaman untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Pelancaran
ini memperkenalkan sebanyak 118 pakej dan itinerari pelancongan yang terdiri daripada 29 pakej Edu+ 2.0, 23 pakej
gastronomi EatVenture dan 66 pakej agropelancongan (Taste of Orchard), sekali
gus menawarkan pilihan pengalaman yang merangkumi aspek pendidikan, makanan,
kebudayaan, alam semula jadi, pertanian dan komuniti setempat.
Pakej
Pelancongan Pendidikan Edu+ 2.0 dibangunkan melalui kerjasama strategik antara
Tourism Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Institusi Pendidikan Swasta (NAPEI)
dengan penglibatan institusi pendidikan, agensi pelancongan, pengusaha produk
pelancongan serta pemain industri berkaitan.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.