Tuesday, 16 December 2025

Edisi Ke-2 Risalah Sabah Agro Tourism Dilancarkan: Rasai Keistimewaan Durian Sabah

 

Kota Kinabalu, 13 Disember 2025 – Dalam usaha memeriahkan serta mempromosikan musim durian di Sabah, Tourism Malaysia Sabah bersama rakan strategiknya, Persatuan Pengusaha Durian dan Buah-buahan Tropika Sabah (MaSDa) telah melancarkan risalah Sabah Agro Tourism – A Unique Sabah’s Farmland Experience (Edisi ke-2).

Pelancaran yang diadakan di Dking, Segama Kota Kinabalu itu turut disempurnakan dengan kehadiran YB. Menteri Pertanian, Perikanan dan Makanan Sabah, YBhg. Datuk Jamawi Jaafar.

Edisi terbaharu ini meneruskan kejayaan edisi pertama yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2024 dengan menampilkan 24 pengusaha ladang buah-buahan tempatan serta pakej agropelancongan yang mempromosikan Tamparuli, Menggatal, Papar, Tenom, Tawau dan beberapa lokasi luar bandar lain yang terkenal dengan kepelbagaian pilihan durian dan buah-buahan tropika.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.