Salah satu acara ‘signature’ negeri Kedah, DamCamp Pedu 2026 bakal
kami bawakan kepada anda pada 17–19 April 2026!
Bertempat di lokasi penuh pesona, Tasik Pedu, program ini
menjanjikan pengalaman luar biasa dengan keindahan alam semula jadi yang
memukau.
Pelbagai aktiviti menarik menanti para peserta — bukan sahaja
aktiviti air dan darat, malah turut menampilkan pengisian berteraskan warisan
serta kebudayaan tempatan. Lebih meriah, DamCamp juga menghimpunkan pelbagai
komuniti termasuk pencinta kenderaan klasik!
Tahun lalu, acara ini berjaya menarik penyertaan bukan sahaja dari
dalam negara, malah dari luar negara termasuk Eropah. Jadi, takkan kita di sini
tak mahu turut serta merasai sendiri pengalaman hebat di Tasik Pedu, kan?
Pendaftaran kini dibuka!
Daftar segera di pautan berikut:
https://damcamp.onpay.my/order/form/damcamp2026p
Kami menjemput semua dari seluruh negara untuk hadir memeriahkan
acara ini di Kedah.
Ayuh, kita jumpa di DamCamp Pedu 2026!
-Kedah Tourism.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.