Tourism Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membuka reruai promosi sepanjang penganjuran LIMA ’25 di Langkawi, menampilkan pelbagai produk dan daya tarikan pelancongan negara.
YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC turut meluangkan masa melawat reruai Tourism Malaysia dan diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin, EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah.
Lawatan dan kunjungan ini mencerminkan komitmen
dan kerjasama erat antara MOTAC dan Kerajaan Negeri dalam memacu industri
pelancongan negara.
-MOTAC.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.