KUALA LUMPUR | Taman Tasik Titiwangsa tampil meriah sempena Majlis
Perasmian Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026, dengan persembahan penuh warna
yang mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan daripada pelbagai latar
masyarakat di Malaysia.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut menghadiri, YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu
Sohot, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; En. Wizani
bin Rosmin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia; En. Mohd
Akbal Setia,Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia dan Ketua
Sekretriat Visit Malaysia 2026; En. Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah
(Promosi II) Tourism Malaysia dan tetamu kehormat yang lain.
Dan kemeriahan masih belum berakhir! Jom rasai sendiri kepelbagaian
budaya Malaysia menerusi persembahan, makanan tradisional dan pelbagai aktiviti
menarik sepanjang festival berlangsung.
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala
Lumpur
Tarikh: 11–16 September 2026
Masa: 9.00 pagi–12.00 tengah malam
Jom raikan warna, tradisi dan budaya yang menjadikan Malaysia begitu
istimewa!
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.