KUALA LUMPUR, 13 September 2026 | Ketua Pengarah Tourism Malaysia,
Ybrs. En. Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim telah berkunjung ke reruai Tourism
Malaysia di Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026, bertempat di Taman Tasik
Titiwangsa, Kuala Lumpur. Beliau turut berkesempatan bertemu serta beramah
mesra dengan para pempamer yang mengambil bahagian dalam festival ini.
Berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026, FBM 2026 merupakan
sebuah platform yang mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan warisan
Malaysia menerusi pelbagai persembahan kebudayaan, makanan warisan dan makanan
popular, kraftangan serta produk tempatan, permainan tradisional dan aktiviti
interaktif. Festival ini turut menampilkan 12 program dan aktiviti baharu untuk
dinikmati oleh pengunjung.
Kunjungan ini menjadi platform yang bermakna untuk berinteraksi,
bertukar pandangan serta mengeratkan hubungan bersama para pemain industri
dalam usaha memperkukuh sektor pelancongan Malaysia, di samping memperkasa
promosi kepelbagaian budaya dan warisan negara kepada pengunjung tempatan serta
antarabangsa.
Jom raikan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia di Festival
Budaya Malaysia 2026!
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Tarikh: 11 – 16 September 2026
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah malam
Masuk Percuma!
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.