KUALA LUMPUR, 13 September 2025 - Tourism Malaysia mempergiatkan
usaha mempromosikan kempen Visit Malaysia 2026 (VM 2026), dengan turut serta
dalam acara Keretapi Sarong 2025 pada 13 September 2026 di Rain Tree Plaza,
TRX.
Acara ini turut disertai oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, Ketua
Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Datuk Manoharan
Periasamy, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, dan En. Mohd Amirul Rizal Abd
Rahim, Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan & Digital dan Ketua Sekretariat
VM2026, yang juga selaku ketua #teamvisitmalaysia2026.
Acara dimulakan di Stesen MRT UPM, dimana terdapat pelbagai aktiviti
seperti kuiz kenegaraan, nyanyian lagu rakyat dan persembahan tarian daripada
wakil-wakil yang terlibat dan sesi joget lambak.
Selain itu, Tourism Malaysia melalui bahagian Domestik dan Acara
turut serta di reruai Keretapi Sarong 25. Selain itu, penglibatan maskot rasmi
VM2026, WiraManja turut sama memeriahkan acara ini.
Keretapi Sarong 2025 anjuran LOCCO telah berjaya mengumpulkan
seramai 18800 peserta yang datang dari 11 stesen permulaan di sekitar Lembah
Klang, dengan membawa tema Serumpun, selaras dengan peranan Malaysia sebagai
Pengerusi ASEAN pada tahun ini.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.