Tarikh: 10 hingga 12 Oktober
2025 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam
Lokasi: Muzium Negeri, Seremban, Negeri Sembilan
Dengan tema:
“Adat Dihayati, Warisan Dilestari”
Perpatih Fest 2025 kembali lagi! Selama 3 hari penuh, pelbagai
aktiviti dan pengisian menarik menanti anda yang menghimpunkan keunikan Luak
dan Wilayah Adat di Negeri Sembilan, serta penglibatan masyarakat pelbagai
kaum.
Antara pengisian menarik:
> Seminar Antarabangsa
> Forum Perdana
> Malaysia Book Of Record(MBR)
> Malam Gala Perpatih
> Demonstrasi Masakan Tradisional & Jualan Luak dan Wilayah Adat
Negeri Sembilan
> Demonstrasi Masakan & Jualan Masyarakat Cina, India dan Orang
Asli
> Persembahan Kebudayaan & Kesenian Luak dan Wilayah Adat Negeri
Sembilan
> Persembahan Kebudayaan & Kesenian Masyarakat India & Orang
Asli
> Pertandingan Ghentak Balai (Sewang) Orang Asli
> Pertandingan Pakaian Tradisional Orang Asli
> Perkampungan Budaya Orang Asli Negeri Sembilan
> Reruai Antarabangsa
> Pameran Jabatan & Agensi
> Produk Tempatan IKS
> Jualan Rahmah MADANI
> Karnival Masakan Rentas Negeri
> Wacana Senjata Warisan Alam Melayu
> Perpatih Tech Summit 25
> Demonstrasi Permainan Tradisional
> Popatih Chalen Puspanita dan Bakriyah
> Pertandingan Mewarna dan Berbusana Tradisional Kanak-kanak
> Cabutan Nombor Bertuah
…dan banyak lagi!
Jangan lepaskan peluang untuk:
> Menyaksikan keunikan adat dan warisan Negeri Sembilan
> Mempelajari seni budaya masyarakat pelbagai kaum
> Merasai kelazatan masakan tradisional Luak
> Mencuba sendiri aktiviti yang menarik dan menghiburkan
Semua dijemput beramai-ramai bagi menghadiri, tak kira tua atau
muda, dari dalam atau luar Negeri Sembilan – malah pelancong antarabangsa
sekalipun untuk bersama-sama memeriahkan Perpatih Fest 2025, bersempena Tahun
Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
Ayuh! Moh dogheh kito pakat ghamai-ghamai ko Perpatih Fest 2025!
-Muzium Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.