Friday, 26 September 2025

Majlis Perasmian 'Visit Malaysia Travel Meet' (VMTM) 2025

 

MELAKA, 26 SEPTEMBER |  Bersempena dengan sambutan 'World Tourism Day 2025' dan 'World Tourism Conference 2025', Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) julung-julung kalinya menganjurkan 'Visit Malaysia Travel Meet 2025' (VMTM 2025) pada 26 hingga 28 September 2025 bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC).

Pameran pelancongan ini menghimpunkan lebih 180 pempamer dengan tawaran pakej pelancongan eksklusif serta harga istimewa melalui dua segmen utama:

'Business-to-Business' (B2B) pada 26 September 2025 – melibatkan penggiat industri & syarikat korporat

'Business-to-Consumer' (B2C) pada 27 & 28 September 2025 – terbuka kepada orang ramai

VMTM 2025 telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan turut dihadiri oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Penganjuran ini bukan sahaja memperkukuh industri pelancongan domestik, malah menyokong sasaran 280 juta pelawat domestik pada tahun 2025 serta memperhebat promosi menuju Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

-MOTAC.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.