KUALA LUMPUR, 14 MAC
2025 - Tourism Malaysia hari ini melancarkan 36 pakej pelancongan
wellness yang menggabungkan elemen kesihatan, budaya, dan alam semula jadi.
Inisiatif ini adalah sebagai mempelbagaikan pakej-pakej pelancongan yang boleh
ditawarkan kepada pelancong-pelancong terutamanya bagi mereka yang ingin
merehatkan diri dan mempunyai minat dalam mencuba pelbagai rawatan diri yang
ditawarkan.
Pakej-pakej ini dilancarkan dengan kerjasama 12 pemain industri yang terdiri daripada agensi pelancongan, hotel dan pusat kesihatan merangkumi pelbagai program kesejahteraan holistik, seperti rawatan spa dan terapi tradisional.
Penawaran bermula dari RM248 merangkumi pelbagai pengalaman
kesejahteraan seperti terapi urutan tradisional Melayu untuk melegakan
ketegangan otot, aktiviti pernafasan taici untuk meningkatkan ketenangan mental
dan fizikal, forest bathing sambil menikmati suasana alam sekitar, mandian air
panas yang menyegarkan dan pelbagai lagi. Tempoh sah pakej-pakej ini adalah
sehingga 31 Disember 2026 tertakluk kepada terma dan syarat.
Selain daripada menawarkan pakej-pakej wellness, cadangan
program juga melibatkan lawatan ke tempat-tempat menarik yang terdapat
berdekatan dengan pakej-pakej wellness yang ditawarkan seperti lawatan ke
perkampungan budaya, lawatan ke tempat-tempat tarikan semulajadi, seperti kolam
air panas dan sebagainya. Pakej ini juga menawarkan lawatan ke tempat-tempat
yang telah dikenalpasti bagi membuat aktiviti ‘riadah’, rekreasi yang boleh
dilawati oleh para pengunjung.
Terdapat 365 spa berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya yang menyediakan pelbagai rawatan seperti urutan batu panas,
rawatan lulur tradisional, aromaterapi, rawatan ibu bersalin, terapi hidro
(hydrotherapy), mandian herba serta terapi Ayurveda serta urutan Malaysia yang
memberi tumpuan kepada pelbagai teknik penyembuhan tradisional daripada
pelbagai budaya yang ada di Malaysia.
Antara rawatan yang popular termasuk rendaman kaki herba
Malaysia, teknik pernafasan Qi Gong oleh masyarakat Cina, urutan kepala oleh
masyarakat India, dan rawatan refleksologi yang bukan sahaja mengurangkan
ketegangan fizikal, malah turut mengimbangi kesihatan badan, minda dan rohani.
Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh
diperoleh dengan mengimbas kod QR yang disediakan ataupun menerusi laman web
Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.
Pautan Pakej : 2025-2026-Wellness-Tourism-Packages.pdf
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.