Thursday, 6 March 2025

Pelita Raya Terengganu 2025 (Peliter@Ksnt 2025) @ Kompleks Sukan Negeri Terengganu ( 13 ~ 16 Mac 2025 )

 


PELITA RAYA TERENGGANU 2025 (PELITER@KSNT 2025)

Cahaya tradisi kembali menyinari Terengganu!

Jom rasai kehangatan warisan dengan ratusan pelita, pasti membawa nostalgia dan kemeriahan Aidilfitri dulu-dulu!

Peliter@KSNT 2025 bakal menghimpunkan penyertaan daripada 8 daerah serta 11 agensi dan badan berkanun negeri. Pada edisi kali ini. Peliter@KSNT 2025 turut disertai oleh SUK Kelantan dan SUK Perlis.

Acara ini juga menarik penyertaan antarabangsa daripada Thailand, Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Nepal, selain penglibatan Dewan Perniagaan India Negeri Terengganu, Dewan Perniagaan Cina Negeri Terengganu serta Komuniti Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Tarikh: 13 - 16 Mac 2025

Masa: 8.45 malam - 11.30 malam

Lokasi: Kompleks Sukan Negeri Terengganu

Tiket: Hanya RM2.00 (13 tahun & ke atas)

Jom pakat maghi belake!

-Beautiful Terengganu Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.