KUALA LUMPUR: Malaysia muncul sebagai pasaran pelancongan keempat paling prihatin terhadap kelestarian di Asia, demikian menurut Tinjauan Pelancongan Lestari 2025 yang dilaksanakan Agoda.
Menurut tinjauan yang dijalankan oleh platform pelancongan digital itu, hampir empat daripada lima pelancong Malaysia (80 peratus) mengambil kira faktor kelestarian dalam rancangan perjalanan mereka untuk 2025, melebihi purata keseluruhan pelancong Asia (68 peratus).
"Pelancong Malaysia semakin mengutamakan kelestarian dengan memberi fokus kepada kesan positif terhadap komuniti serta pengalaman perjalanan yang bermakna.
"Apabila ditanya mengenai
sebab utama mereka memilih pelancongan lestari, lebih satu perempat responden
(28 peratus) menyokong komuniti dan ekonomi tempatan yang turut menjadi faktor
pendorong utama. Sementara itu, hampir satu daripada empat pelancong (24
peratus) merujuk kepada nilai dan kepercayaan peribadi, manakala peratusan yang
sama (24 peratus) mementingkan keinginan untuk pelancongan yang autentik dan
bermatlamat.
"Ini mencerminkan trend yang semakin berkembang ke arah perjalanan yang bukan sahaja bermakna tetapi juga memperkayakan pengalaman pelancong dan membawa manfaat kepada destinasi yang dikunjungi," demikian menurut Agoda.
Tinjauan
Pelancongan Lestari 2025 yang membabitkan lebih daripada 6,000 responden di 11
pasaran Asia, mengetengahkan landskap pelancongan lestari yang semakin
berkembang di rantau ini, di mana pengalaman autentik, perjalanan bermatlamat
dan pelancongan luar musim semakin mendapat perhatian.
Menurut tinjauan Agoda, ramai pelancong Malaysia kini membuat pilihan yang lebih bertanggungjawab untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dengan hampir satu perempat (24 peratus) memilih untuk melancong pada musim luar puncak dengan tujuan mengurangkan kesesakan.
"Selain itu, 19 peratus memilih penginapan yang mempunyai pensijilan kelestarian, manakala 18 peratus secara aktif menyokong perniagaan berskala kecil dan sederhana serta usaha pemeliharaan budaya tempatan," katanya.
Mengulas lanjut, Pengarah Negara Agoda bagi Malaysia dan Brunei, Fabian Teja berkata, dengan kelestarian menjadi fokus utama kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, ia adalah sesuatu yang amat memberangsangkan untuk melihat lebih ramai pelancong membuat pilihan yang bertanggungjawab.
"Sungguh menggalakkan melihat semakin ramai pelancong Malaysia ingin memberikan impak positif, dan Agoda sentiasa bersedia untuk menyokong matlamat perjalanan mereka.
"Menerusi Program Eco Deals kami, pelancong boleh menikmati diskaun hebat di tempat penginapan yang menyertai program ini sementara Agoda menyumbangkan AS$1 untuk membantu usaha pemuliharaan tempatan bagi setiap tempahan yang dibuat melalui program ini.
"Kami teruja untuk membantu pelancong Malaysia meneroka dunia dengan kos yang lebih rendah, sambil memberi peluang kepada mereka untuk memulihara destinasi yang mereka lawati," katanya.
Sejak pelancaran edisi 2025 baru-baru ini, program Eco Deals Agoda telah menawarkan diskaun sehingga 15 peratus di hotel yang mengambil bahagian di 10 buah pasaran Asia.
Tahun ini
menandakan penyertaan pertama Jepun dan Korea Selatan dalam Kempen Eco Deals
yang memberikan lebih banyak peluang kepada pelancong yang menuju ke destinasi
Asia untuk menyokong destinasi kegemaran mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.