KUALA TERENGGANU: Harga lesen tahunan rumah
bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu bakal dinaikkan daripada RM150 kepada
RM1,000 setahun mulai tahun ini.
Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik
Kenyir, Abdul Aziz Abdul Rahim, berkata surat makluman mengenai harga baharu
lesen tahunan itu dikeluarkan Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) pada 19 Mac
lalu.
Beliau berkata, kenaikan itu terlalu tinggi
dan membebankan walaupun Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir dan pengusaha rumah
bot bersetuju harga lesen dinaikkan.
"Sebahagian pengusaha rumah bot
mendakwa pendapatan diperoleh tidak tinggi terutama di luar musim cuti
persekolahan dan cuti umum.
"Pada masa sama, kos operasi rumah bot juga semakin tinggi termasuk baik pulih selain kemudahan asas di kawasan Tasik Kenyir juga tidak dinaik taraf untuk keselesaan pelancong.
"Jadi,
kami ingin mengadakan perbincangan dengan LAUT selepas Aidilfitri ini sebelum
kenaikan harga lesen tahunan baharu itu dikuatkuasakan," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Setakat ini,
87 rumah bot berdaftar di Tasik Kenyir.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.