KUALA
LUMPUR: Anugerah Industri Pelancongan (TIA2024) akan diadakan buat julung
kalinya di ibu negara pada 26 Julai depan, sejajar usaha merancakkan sektor
pelancongan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Pengerusi
Penganjur TIA 2024, Datuk Emmy Suraya Hussein, berkata acara itu adalah
inisiatif daripada penggiat industri pelancongan, diterajui Persatuan
Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA).
Ia
dianjur bersama Persatuan Fesyen, Pemodelan dan Pageant Malaysia (MFMPA) serta
Santai Travel.
"Majlis
Anugerah yang julung kali diadakan bakal mempertaruhkan lebih 60 kategori dalam
industri pelancongan.
Penganjuran acara ini sejajar usaha kami dalam menyokong perkembangan industri pelancongan supaya sentiasa berdaya saing dalam industri pelancongan, sekali gus meningkatkan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Emmy Suraya berkata, TIA 2024 bertujuan memberi penghargaan kepada penggiat industri pelancongan yang mencapai prestasi cemerlang.
Katanya, penganjuran majlis diharap dapat meningkatkan semangat penggiat industri pelancongan untuk terus maju di dalam industri itu.
"Menerusi acara ini, kita dapat memberikan motivasi dan suntikan semangat buat semua penggiat industri pelancongan untuk bekerja lebih keras dan kreatif dalam menyumbang kepada kejayaan industri pelancongan negara.
"Sekiranya kita dapat melahirkan penggiat dan perkhidmatan pelancongan yang baik dan berkualiti, kita dapat membantu sasaran pelancongan negara menjelang sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya.
-berita harian.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.