Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sembilan (MOTAC) dengan kerjasama Syarikat Four Low Events akan menganjurkan acara ‘PD Beach Runcation 2023’ pada 11 November 2023 (Sabtu) di Pantai Batu 5, Port Dickson.
'PD Beach Runcation 2023’ (PDBR 2023) adalah merupakan acara larian di persisiran pantai Port Dickson dengan konsep penyertaan acara larian sambil bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Acara yang julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan ini mensasarkan penyertaan seramai 3000 orang yang akan berlari mengikut kategori 3KM, 7KM dan 15KM yang akan bermula dari Pantai Cahaya Negeri sehingga ke Pantai Teluk Kemang melalui persisiran Pantai Port Dickson.
Selain dari acara larian, turut diadakan juga acara sukan dan rekreasi sampingan seperti perkhemahan, perlumbaan kayak, pertandingan tarik tali pantai, sukaneka pantai, bola tampar pantai, stand up paddling dan lain-lain lagi.
Daftar sekarang di http://cps4.me/pdbr23 dan
jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah berupa wang tunai dan pelbagai
hadiah cabutan bertuah yang menarik. 2 tiket pergi balik ke Jakarta, Indonesia
menanti pemenang utama. Jumpa anda di sana!!!
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.