16 Oktober 2023: Tourism Melaka amat berbesar
hati apabila menerima lawatan daripada YB Dato' Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan
Budaya Malaysia ke Pavillion Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024. Lawatan ini
diiringi oleh YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman,
EXCO Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya Negeri Melaka. Turut hadir sama YB
Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Tourism Melaka dengan kerjasama Tourism Malaysia sedang
menganjurkan Program Promosi Pelancongan Negeri Melaka sempena Tahun Melawat
Melaka 2024 yang telah bermula dari 6 Oktober lalu hingga 29 Oktober ini
bertempat di Ruang Pameran KLIA Terminal 1. Pelancong yang berada di KLIA
berpeluang mendapatkan informasi produk pelancongan yang ditawarkan sepanjang
TMM2024 di Pavillion TMM 2024 ini.
Di antara agensi yang turut serta di dalam
program promosi ini adalah Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, A'Famosa
Resort, Hotel Tun Fatimah Riverside, Hotel Ames, HNE Horizon Sdn Bhd, Hotel
Ibis Melaka, Amverthon Heritage Hotel, Hotel Queenspark Lovita Melaka, Red Craf
& Deco, Menate Steak Hub dan Hotel Sentral Riverview.
-Tourism Melaka.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.