Tuesday 3 October 2023

Jom Datang Beramai-ramai MS EXPO 2023 ( Motors & Sports Expo) @ Tropicana Gardens Mall ( 7 ~ 8 Oktober 2023 )

 


Tourism Malaysia melalui Unit Pelancongan Sukan, Marin dan Permotoran Bahagian Pembangunan Pakej dengan ini menjemput semua untuk sama- sama hadir ke expo sukan dan permotoran MS EXPO 2023 yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Tempat: Tropicana Gardens Mall, PJ (Level 3A)

Tarikh: 7 – 8 Oktober 2023

Masa: 10:00 pagi – 9:00 malam

Acara kali kedua yang bertajuk ”LIVING ADVENTUROUS LIFESTYLE” ini mempamerkan pelbagai sukan lasak minat khas antaranya sukan 4X4 modified, motorbike, basketball, archery, rainforest challenge, camping , ATV, RC Crawler, Fishing dan lain lain. Masuk adalah percuma.

Pada pameran kali ini, astaka Tourism Malaysia akan membawa 8 agen dan pemilik produk pelancongan yang akan menawarkan tawaran istimewa dan unik. Jom datang beramai-ramai!

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.