Saturday 9 September 2023

Lawatan Produk Pelancongan Oleh Institusi Pengajian Tinggi Australia Ke Putrajaya

 


9 September 2023 ( Sabtu ): Perbadanan Putrajaya hari ini mengalu-alukan delegasi daripada universiti-universiti seluruh Australia yang diketuai oleh Pengarah Pendidikan Malaysia dari Konsulat Malaysia Sydney Australia dengan kerjasama pasukan UITM Global.

Delegasi terdiri daripada wakil-wakil daripada institusi pengajian tinggi " Australian Universities" seramai 25 orang diketuai oleh Dr Fahmi Abdul Rahim, Pengarah Pendidikan Malaysia di Konsulat Malaysia, Sydney Australia.

Delegasi disambut oleh Puan TPr. Norzita Abdul Razak Pengarah Komunikasi Korporat PPj yang menyampaikan taklimat pelancongan Putrajaya.

Turut hadir Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman Timbalan Naib Chanselor ( Penyelidikan dan Inovasi ) Universiti Teknologi Mara dan pasukan UITM Global, Prof Mushtaq Al Atabi Ketua Pegawai Eksekutif Herriot Watt Universiti Putrajaya dan En Noor Azman Shamsudin, Tourism Malaysia.

Delegasi diberi taklimat mengenai produk pelancongan Putrajaya turut dibawa menaiki Cruise Tasik Putrajaya.

Delegasi dibawa melawat Wetland Studios dan disambut dengan tarian selamat datang.

Di Taman Wetland, delegasi disambut oleh Pengarah Operasi Taman PPj Encik Haris Kassim dan Dato Norman Hakim, Presiden KRU Entertainment bagi pihak Wetland Studios Putrajaya.

Semoga dengan promosi menerusi delegasi ini akan membantu meningkatkan promosi Putrajaya sebagai destinasi negara ini yang mesti dilawati.


-Perbadanan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.