IPOH: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
(MOTAC) menyasarkan kemasukan 3.2 juta pelancong Muslim ke negara ini sepanjang
tahun ini.
Timbalan
Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, jumlah itu merupakan 20 peratus
daripada 16.1 juta sasaran keseluruhan pelancong asing ke negara ini tahun ini.
Menurutnya, tahun lalu
kemasukan pelancongan Muslim mencatat 2.1 juta orang.
“Untuk itu, kementerian akan fokus
mempromosikan Pusat Pelancongan Islam (ITC) khusus buat pelancong dari
negara-negara Islam minoriti.
“Semua
pihak perlu memainkan peranan dan kita akan mempromosikan ITC ini kepada negara
Islam minoriti untuk mereka merasai kehidupan di negara yang majoriti
penduduknya Islam.
“Kita
sasarkan sebanyak 20 peratus kemasukan pelancong Muslim daripada 16.1 juta
pelancong keseluruhan yang disasarkan tahun ini,” katanya kepada pemberita pada
pelancaran Bulan Pelancongan Islam (ITM 2023) di sini semalam.
Majlis dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri
Saarani Mohamad.
Menurut
Khairul Firdaus, kerajaan juga yakin jumlah pelancong asing ke negara ini tahun
ini melebihi sasaran 16.1 juta, terutamanya jumlah pelancong Muslim.
Beliau berkata, ini
kerana Malaysia adalah perintis kepada Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim
(MFTH) selain majoriti penduduknya yang beragama Islam.
“Hasrat itu mampu dicapai sekiranya pemain
industri pelancongan Muslim ini memainkan peranan masing-masing secara kolektif
dan holistik selain peranan yang dimainkan oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC).
“Pelancong
Muslim merupakan pasaran yang semakin berkembang dalam industri pelancongan.
“Sebab
itu kita tekankan mengenai MFTH agar pemain tempatan dapat memperluaskan lagi
tawaran sebagai salah satu nilai tambah industri pelancongan Islam dalam
negara,” katanya.
Menurutnya,
walaupun Malaysia terkenal dengan destinasi pelancongan Musim namun ada
beberapa aspek perlu ditambah baik.
“Antaranya
kita sering terlepas pandang untuk promosikan pelancongan Muslim di negara
minoriti Muslim kerana mereka ini sebenarnya turut mahu merasai apakah
pendekatan MFTH dan kita akan berusaha ke arah itu,” katanya.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.