Presidennya, Datuk Hamzah Rahmat berkata, pendekatan promosi secara atas talian dilihat berpotensi bagi memastikan MATTA dapat terus bersaing dalam menawarkan pakej-pakej pelancongan.

Menurutnya, laman web terbabit akan dapat diakses orang ramai selepas dilancarkan kelak menerusi www.matta.travel yang secara langsung mampu memberi ke­lebihan kepada persatuan itu untuk bersaing dalam pasaran pelanco­ngan.

“Laman web ini akan menjadi sebahagian platform MATTA mempromosikan sektor pelancongan negara selain memastikan pelancong hanya berurusan dengan ejen-ejen pelancongan berdaftar.

“Pendekatan terbaharu ini pasti akan lebih memudahkan pelancong untuk mencari lokasi-lokasi pelancongan berserta pakej tawaran diminati,” katanya kepada pembe­rita di sini baru-baru ini.

Tambah Hamzah, pihaknya berharap laman web itu kelak dapat memberikan impak positif terhadap sektor pelancongan negara.

Apatah lagi kata beliau, Malaysia mempunyai banyak lokasi pelancongan menarik yang mampu menggamit kedatangan pelancong seperti negeri ini yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan berpotensi untuk dimajukan.

Sementara itu, Pengerusi Ja­watankuasa Pembangunan Pelan­co­ng­an dan Kebudayaan negeri, Danny Law Heng Kiang berkata, sebanyak 55 peratus pelancong yang bercuti ke negeri ini merupakan pelancong tempatan manakala 45 peratus adalah pelancong asing.

Menurutnya, kebanyakan pelancong asing yang datang ke ne­geri ini terdiri dari rakyat Indonesia, Singa­pura, China, Jepun, Amerika Syarikat dan ne­gara-negara Asia Barat yang tertarik dengan makanan tempatan, kekayaan kebudayaan dan wa­risan.
-utusan online.