Percutian menarik tidak semestinya hanya dengan berkunjung ke tempat-tempat bersejarah atau merakam gambar kenangan. Sebaliknya bagi sesetengah orang, percutian yang dirancang akan lengkap jika dapat bermalam di penginapan yang selesa pada harga berpatutan.
Sehubungan itu, para pelancong luar atau tempatan yang merancang bercuti ke Sabah, Hotel Grand Borneo yang terletak di Jalan Sulaman bersebelahan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pastinya merupakan pilihan terbaik anda.
Para pelancong yang sudah biasa menginap di hotel berkenaan, mereka menggelarnya sebagai 'hab pelancongan' kerana Hotel Grand Borneo bukan sekadar tempat penginapan semata-mata, malah kerjasama yang dijalin dengan pelbagai agensi pelancongan memudahkan setiap pengunjung merancang percutian ke seluruh pelosok Sabah.
Pengurus Besarnya, Azhar Sanusi berkata, keindahan negeri ini yang mempunyai banyak pulau peranginan untuk dilawati dan Gunung Kinabalu yang menjadi tumpuan termasuk pelancong antarabangsa membuatkan pihaknya mempelbagaikan perkhidmatan yang ditawarkan, bukan sekadar penginapan semata-mata.
“Pelancong yang datang ke Sabah pasti mahu melawat Kundasang kerana di situ terletaknya Gunung Kinabalu. Ada juga yang mahu pergi ke pulau-pulau peranginan atau sekadar mahu berjalan-jalan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.
“Kami memahami keperluan mereka. Justeru, hotel ini menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi pelancongan akan mengambil setiap pengunjung pergi ke tempat yang hendak dilawati. Mereka tidak perlu bersusah payah berurusan dengan banyak pihak,” katanya kepada S2 baru-baru ini.
Menurutnya, antara agensi pelancongan yang menjalin kerjasama dengan hotel itu ialah World International Holiday, Mizumie, Hana Tour, Beautiful Sun, Classic Holiday, Harvest Tour, Felda Travel, Sabah Tourism Board, Sri Pelancongan Sabah Sdn. Bhd., Tourism Malaysia Sabah dan MOTAC Sabah.
Katanya, dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan, pengunjung boleh menikmati percutian ke pulau-pulau peranginan, Taman Kinabalu, menikmati masakan laut dan bermain golf.
Beliau berkata, dari segi penginapan, Hotel Grand Borneo menyediakan tujuh jenis bilik iaitu galeri, standard, superior, deluxe, grand deluxe, eksekutif suite dan grand suite pada harga bermula antara RM150 hingga RM520.80.
“Antara fasiliti disediakan adalah Restoran Soul Out yang menawarkan pelbagai menu istimewa, Side Walk Kafe, bilik karaoke, kolam renang, gimnasium dan surau,” katanya.
Sementara itu, kelebihan lain hotel berkenaan adalah lokasinya berhampiran pusat beli-belah 1 Borneo Hypermall yang memberi peluang kepada pengunjung membeli-belah.
Azhar berkata, bagi pasangan yang mengimpikan malam resepsi perkahwinan sempurna dengan harga mengikut kemampuan, hotel berkenaan bersedia merealisasikan impian mereka dengan menyediakan tiga pakej pilihan iaitu ‘Cinta Abadi’, The Yours Truly, The Forever Yours dan The Blissfully Yours.
Katanya, hotel yang dimiliki sepenuhnya oleh Felda sejak 2013 itu mempunyai 150 staf yang turut menyediakan pelbagai juadah menarik.
“Bagi pengunjung yang tidak menginap di sini tetapi mahu singgah, mereka boleh meluangkan masa di Side Walk Kafe dan menikmati hidangan istimewa kami iaitu asam pedas ikan tenggiri yang segar dari laut serta pisang goreng keju.
Sementara itu, katanya, sempena cuti sekolah bermula hujung bulan ini, pihaknya menawarkan bilik dengan harga promosi bermula RM135 sehari termasuk sarapan untuk dua orang.
Selain itu, menurutnya, untuk bufet Ramadan pula, pihaknya menawarkan pelbagai jenis hidangan bufet Ramadan seperti daging kambing, sup, laksa sarawak dan sate turut disediakan bagi harga baucer RM55 dan RM65 tanpa baucer.
Tidak cukup dengan itu, menjelang sambutan Pesta Kaamatan, bufet minum petang disediakan bermula pukul 12 tengah hari hingga 4 petang pada 31 Mei ini.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.