PUTRAJAYA,
13 Ogos 2026 | Majlis Pembukaan Rasmi Giant Destina Putrajaya telah
diadakan di Destina Putrajaya. Turut
hadir ialah Puan Linda Phang, Timbalan
Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail; Encik Ikhwan Hamzah Azizan, Pengurus Besar
Kanan, Komersial & Pembangunan Kumpulan KLCC Holdings; Encik Pardon
Munawar, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan
Awam dan Encik Azmi Abdullah, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan
Pakej, Tourism Malaysia.
Sempena
pembukaan, Giant turut menganjurkan pesta “Jalan-Jalan Cari Jajan” yang
berlangsung dari 13 hingga 31 Ogos 2026, menampilkan pelbagai pilihan snek,
kudapan dan minuman.
Selain
itu, Giant turut memperkenalkan penghargaan serta penawaran khusus kepada
penjawat awam dan pesara menerusi rangkaian makanan Uncle Jack, Mercato Cafe
dan Kyojin Sushi.
Tambahan,
Destina Putrajaya merupakan sebuah pusat beli-belah terbaru dan strategik yang
mempunyai akses mudah kepada pengangkutan awam seperti Putrajaya Sentral dan
berhampiran dengan Hospital Putrajaya. Antara jenama yang terdapat disini
termasuk Giant, IKEA, Luckin Coffee, M&B, Zus Coffee, The Chicken Rice Shop
dan pelbagai lagi pilihan makanan, minuman dan keperluan harian.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.