Thursday, 6 August 2026

Sambutan Ulang Tahun Tourism Malaysia Ke-54

 

Putrajaya, 5 Ogos 2026 | Tourism Malaysia telah menyambut Ulang Tahun Ke-54 menerusi Majlis Taklimat Persaraan dan Perhimpunan Sambutan Ulang Tahun Tourism Malaysia Ke-54. Sambutan ini memperingati penubuhan Tourism Malaysia pada 10 Ogos 1972, sekali gus menandakan perjalanan selama 54 tahun dalam memperkukuh industri pelancongan negara serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Ybrs. En. Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi),YBhg. Datuk Musa bin Yusof, Pengarah Kanan Pengurusan, En. Wizani Bin Rosmin, barisan Pengarah Kanan, Pengarah Bahagian serta seluruh warga Tourism Malaysia.

Majlis turut menyaksikan sesi penghargaan dan persaraan wajib YBhg. Datuk Musa bin Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, yang akan bersara pada 10 Ogos 2026. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan atas segala jasa, kepimpinan, komitmen serta sumbangan beliau sepanjang berkhidmat dalam memacu usaha promosi pelancongan negara.

Semoga Tourism Malaysia terus melakar kejayaan, memperkasakan usaha promosi pelancongan negara dan memainkan peranan penting dalam menyokong aspirasi Visit Malaysia 2026 (VM2026).

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.