MELBOURNE, 25 Ogos 2026 — Delegasi Tourism Malaysia telah mengadakan
kunjungan hormat kepada Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne. Turut
hadir ialah Pengarah Tourism Malaysia Sydney serta wakil daripada MM2H MOTAC
yang menyertai Roadshow to Australia.
Pertemuan ini menjadi platform untuk membincangkan perkembangan
semasa industri pelancongan Malaysia serta meneroka kerjasama baharu bersama
Pejabat Konsul Jeneral, termasuk sokongan strategik dalam memperluas capaian
pasaran dan memantapkan hubungan industri. Kedua‑dua pihak turut bertukar pandangan mengenai hala tuju kerjasama masa
depan, merangkumi usaha memperkenalkan keunikan budaya asli Malaysia,
memperluas program libat urus awam (B2C), serta meneroka kerjasama dengan
institusi pendidikan di Australia melalui aktiviti budaya seperti pengenalan
seni dan muzik tradisional.
Tourism Malaysia merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan
Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne dalam membantu memperkukuh usaha
promosi dan pemasaran Malaysia di Australia. Kerjasama erat ini amat signifikan
dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pilihan dalam kalangan
pelancong Australia.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.