Saturday, 1 August 2026

Majlis Perasmian Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) Johor 2026

 

JOHOR BAHRU, 1 Ogos 2026 – Majlis Perasmian Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) Johor 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Amirul Rizal bin Abd Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia di Paradigm Mall, Johor Bahru.

Program yang berlangsung dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 ini merupakan anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Star Media Group Berhad sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pelancongan domestik bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026 – VM2026). Bertemakan "Explore, Experience, Excite", karnival ini menghimpunkan pelbagai pengusaha industri pelancongan yang menawarkan pakej percutian eksklusif, promosi istimewa serta pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Pengarah Tourism Johor sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program yang berperanan merancakkan sektor pelancongan domestik serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi pelancongan dan pemain industri.

Penganjuran SKCCM Johor 2026 dijangka menjadi platform penting dalam mempromosikan destinasi pelancongan tempatan, sekali gus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka keunikan dan kepelbagaian produk pelancongan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

-Tourism Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.