Monday, 4 May 2026

Misi Jualan Pelancongan Malaysia Ke Indonesia Perluas Peluang Kerjasama Strategik Industri Pelancongan

 

INDONESIA – Tourism Malaysia telah menganjurkan Misi Promosi Pelancongan Malaysia ke Indonesia yang bermula di Surabaya, diikuti Jakarta dan Medan dari 24 hingga 29 April 2026. Misi ini bertujuan memperkukuh kerjasama pelancongan antara Malaysia dan wilayah-wilayah utama Indonesia di samping mempromosikan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Delegasi Malaysia menghimpunkan 50 organisasi termasuk Penang Global Tourism (PGT), Sarawak Tourism Board (STB), Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), Malaysia My Second Home (MM2H), agensi pelancongan, syarikat penerbangan, hotel dan resort, hospital serta pemilik produk pelancongan. Penyertaan yang menggalakkan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperluas kerjasama strategik serta mempererat hubungan dengan penggiat industri pelancongan Indonesia.

Misi ini turut menyaksikan kehadiran YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia di Jakarta sekaligus menegaskan kepentingan strategik pasaran Indonesia. Program ini merangkumi majlis makan malam gala, diikuti seminar dan sesi travel mart yang memberi tumpuan kepada kempen VM2026 serta program MM2H, di samping sesi libat urus berimpak tinggi bersama penggiat industri pelancongan di setiap bandar bagi memperkukuh kerjasama serta meneroka peluang baharu.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.