Tentatif Rasmi Aktiviti Dan Acara Program Nakawan Rainforest
Festival Sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026
Ayuh memeriahkan Nakawan Rainforest Festival 2026 yang akan
berlangsung pada 1 hingga 7 Jun 2026 bertempat di Taman Eko Rimba Bukit Ayer
dan Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya:
> Pameran dan pendidikan hutan
> Aktiviti rekreasi dan riadah
> Persembahan kebudayaan dan seni tradisional
> Jualan makanan dan produk tempatan
> Pertandingan dan aktiviti keluarga
> Spot bergambar dan pengalaman menarik di tengah kehijauan alam
semula jadi.
Festival ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang kepentingan pemuliharaan hutan serta menghargai khazanah alam semula
jadi Negeri Perlis.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menikmati keindahan alam,
menyertai pelbagai aktiviti menarik dan menghayati keunikan hutan hujan Nakawan
bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jumpa anda di Nakawan Rainforest Festival 2026!
-Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.