Friday, 1 May 2026

Sambutan Hari Pekerja Sedunia: Festival Muzik Air Rain Rave 2026 Bermula Di Kuala Lumpur

 

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 – Festival Muzik Air Rain Rave 2026 sempena Sambutan Hari Pekerja Sedunia telah bermula di Bukit Bintang secara rasmi selama tiga hari sempena hujung minggu Visit Malaysia 2026 (VM2026), melibatkan pengisian dengan kebudayaa, penyertaan artis, penjaja dan artisan tempatan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato Sri Tiong King Sing, dengan persembahan pembukaan yang menggabungkan elemen air, pencahayaan dan visual selaras tema “Where Rain Becomes Rhythm”. Program turut menampilkan segmen makanan, seni dan budaya seperti Rhythm of Flavours dan Rhythm of Cultures, di samping persembahan pentas utama yang menghimpunkan bakat tempatan dan antarabangsa.

Penganjuran ini bukan sahaja memeriahkan kawasan sekitar, malah memberi impak ekonomi kepada sektor runcit, makanan dan hospitaliti, serta dilaksanakan serentak di beberapa negeri lain bagi menyokong industri kreatif dan merancakkan pelancongan domestik dan serantau.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.