Monday, 25 May 2026

Program Fam Trip Komunikasi Strategik: TM X Oppo - Kelantan

 

Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah menganjurkan Program Fam Trip TM X OPPO pada 18 hingga 21 Mei 2026 di Negeri Kelantan.

Program ini melibatkan seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada jurugambar profesional dan wakil media tempatan. Inisiatif ini memberi penekanan kepada usaha mengetengahkan keunikan budaya, seni dan warisan Negeri Kelantan menerusi pengalaman pelancongan yang autentik serta kaya dengan nilai tradisi tempatan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang merakam keindahan landskap, budaya dan warisan tempatan menggunakan peranti terbaru OPPO Find X9 Ultra Hasselblad, sekali gus memperkukuhkan promosi pelancongan domestik sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara lokasi yang dikunjungi termasuk Collectible Museum, Pasar Siti Khadijah, Kampung Kraftangan, Istana Jahar, Kem Baha, Desa Gemalai, Wayang Kulit Pak Daim dan pelbagai lagi destinasi menarik di Kelantan.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.