Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah
menganjurkan FamTrip Sony X TM pada 18 hingga 21 Mei 2026 di Negeri Perak.
Program ini melibatkan seramai 12 orang peserta yang terdiri
daripada jurugambar professional dan penghasil kandungan Sony Malaysia.
Objektif program ini adalah untuk menonjolkan keindahan dan pengalaman di
beberapa produk pelancongan yang berpotensi tinggi menggunakan produk Sony,
dengan memotretkan kecantikkan Negeri Perak sekali gus memperkukuhkan lagi
promosi pelancongan domestik sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Lokasi lawatan terdiri dari 3 daerah di Perak : Gopeng, Ipoh dan
Kuala Kangsar. Antara lokasi yang dikunjungi adalah Hoga Gaharu Farm, Muzium
Gopeng, Tingkat Valley, Tasik Cermin, Arlene House, Concubine Lane, Funtasy
House Trick Arts, Assam House, Jambatan Victoria, Istana Kenangan dan pelbagai
lagi.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.