Unit Nature & Adventure, Bahagian Pembangunan Pakej melalui
Pejabat Tourism Malaysia Sarawak telah menganjurkan Program Bengkel Agrotourism
Sarawak pada 18 Mei hingga 21 Mei 2026 di Kuching, Sarawak.
Program ini melibatkan seramai 13 agensi pelancongan dari
Semenanjung Malaysia dan Sarawak, serta pegawai Tourism Malaysia. Objektif
program ini adalah untuk mempromosikan produk pelancongan di Negeri Sarawak,
khususnya dalam sektor agropelancongan, di samping membangunkan pakej agro
pelancongan yang menggabungkan elemen alam semula jadi sekali gus
memperkukuhkan promosi pelancongan domestik sempena kempen Tahun Melawat
Malaysia 2026.
Antara lokasi lawatan yang terlibat termasuk Brooke Dockyard
Industrial Heritage Museum, Gereja St. Peter Kuching, Sarawak Biodiversity
Centre (SBC), Jong’s Crocodile Farm & Zoo, Borneo Empurau Farm &
Resort, Lembaga Koko Malaysia Cawangan Sarawak, Ladang Nipah, Kampung Pinggan
Jaya, Borneo Happy Farm, serta Bazaar Kuching Waterfront.
Program ini turut mengadakan Bengkel Agrotourism Sarawak bersama
Bahagian Pembangunan Pakej dan Sarawak Tourism Board yang melibatkan sesi
perkongsian maklumat berkaitan produk pelancongan sedia ada serta potensi
pembangunan produk baharu di Sarawak kepada agensi pelancongan yang terlibat.
Inisiatif ini merupakan terus komited dalam menyokong pembangunan pelancongan
berasaskan komuniti dalam usaha memperluas ekosistem pelancongan berimpak
tinggi menjelang VM2026.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.