SELANGOR, 17 Februari 2026 — Tourism Malaysia meraikan musim
perayaan Tahun Baru Cina menerusi siri aktiviti sambutan di 13 pintu masuk
utama negara sempena kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).
Majlis sambutan yang berlangsung di KLIA Terminal 1 turut diserikan
dengan kehadiran YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan
Budaya. Para pelawat disambut meriah dengan persembahan tarian singa,
kemunculan maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja yang tampil menggayakan busana
bertemakan Tahun Baru Cina, serta cenderamata istimewa yang mencerminkan
kemesraan, keharmonian dan kepelbagaian budaya Malaysia.
Sambutan ini merupakan inisiatif Tourism Malaysia di bawah kempen
Visit Malaysia 2026 bagi memperkukuh penjenamaan destinasi, mempromosikan
kepelbagaian budaya Malaysia serta meninggalkan pengalaman positif kepada
pelawat.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.