KUALA LUMPUR — Tourism Malaysia hari ini mengumumkan HWC Coffee
sebagai Rakan Strategik sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) susulan
majlis pengumuman kerjasama yang diadakan hari ini di Centre Court, Pavilion
Bukit Jalil.
Kerjasama ini menandakan satu kerjasama strategik antara jenama kopi
terkenal dan kempen pelancongan utama negara, dengan tujuan menyediakan
pengalaman berasaskan kopi yang unik kepada pelawat tempatan dan antarabangsa.
Inisiatif ini selari dengan objektif kempen VM2026 iaitu menyokong usaha
berterusan untuk meningkatkan tawaran pelancongan Malaysia serta memperkaya
pengalaman pengunjung melalui penglibatan berkonsepkan gaya hidup.
Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, kerjasama strategik dengan sektor swasta adalah penting bagi memperkukuh dan mengembangkan ekosistem pelancongan negara.
Beliau menekankan
bahawa kolaborasi sebegini mencerminkan komitmen berterusan Tourism Malaysia
untuk meluaskan capaian dan meningkatkan keterlihatan VM2026 melalui inisiatif
inovatif berasaskan pengalaman, sambil mewujudkan asas kukuh bagi kempen
pelancongan yang inklusif dan lestari.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.