KUALA LUMPUR, 7 Februari 2026 – Kuala Lumpur mencipta sejarah
apabila menjadi lokasi pelancaran rasmi musim MotoGP 2026 yang berlangsung di
Menara Berkembar PETRONAS, sekali gus menandakan permulaan musim perlumbaan
motosikal paling berprestij di dunia.
Pelancaran ini menghimpunkan barisan pelumba, pasukan, rakan strategik industri serta penggiat pelancongan, sekali gus menonjolkan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.
Acara ini turut diserikan dengan penglibatan Tourism Malaysia menerusi promosi
Tahun Melawat Malaysia 2026 serta kemunculan maskot rasmi, Wira dan Manja, yang
mencuri perhatian pengunjung dan peminat MotoGP.
Melalui sinergi antara sukan dan pelancongan, penganjuran acara ini
menyokong usaha memperkukuh keterlihatan Malaysia di peringkat global, di
samping mempromosikan kepelbagaian budaya, destinasi menarik dan pengalaman
pelancongan unik yang ditawarkan kepada pelawat antarabangsa.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.