Tuesday, 24 February 2026

Sesi Perbincangan YB Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Bersama Pengusaha Hotel Bagi Pelaksanaan Acara Pelancongan Sempena Kempen Visit Malaysia 2026

 

Putrajaya, 24 Februari 2026 - Sesi Perbincangan YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Dato Sri Tiong King Sing bersama Pengusaha - Pengusaha Hotel telah diadakan bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan dan industri perhotelan dalam menjayakan Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Turut hadir semasa sesi ini ialah YBrs. Encik Chua Choon Hua, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia; YBrs. Encik Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) dan YBrs. Encik Mohd Akbal Setia, Ketua Sekretariat VM2026.

Antara fokus utama sesi ini untuk memperkukuh kerjasama strategik antara pihak pengusaha hotel, penyelarasan acara-acara pelancongan utama, serta pemanfaatan meningkatkan kesiapsiagaan industri perhotelan dalam menerima kehadiran pelancong dan pertumbuhan sektor pelancongan negara.

Kerjasama berterusan ini menjadi asas penting dalam merealisasikan VM2026 sebagai misi nasional ke arah sasaran menarik lebih 47 juta pelawat antarabangsa serta memberikan manfaat ekonomi yang menyeluruh kepada rakyat dan negara.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.