Saturday, 14 February 2026

Festival Ramadan Putrajaya 2026 (FRP 2026) @ Presint 3, W.P. Putrajaya ( 18 Februari ~ 19 Mac 2026 )

 

Pasti ramai yang nantikan pengumuman tarikh mula puasa Ramadan minggu hadapan. Namun yang pasti tarikh Festival Ramadan Putrajaya 2026 (FRP 2026) akan bermula 18 Februari 2026 (Rabu) walaupun sekiranya tarikh permulaan 1 Ramadan 1447H adalah pada 19 Februari 2026.

Kepada yang berada di Lembah Kelang dan sekitarnya pada cuti perayaan CNY dan awal Ramadan ini, jom datang bersama kekuarga/rakan untuk beriadah, membeli-belah dan beribadah di FRP2026.

Pelbagai komponen festival di Presint 3 termasuk Anjung Syawal (jualan keperluan Aidilfitri), Bazar Ramadan (jualan pelbagai juadah), Gastro Seni (jualan/demo makanan, kopi & kraf), Laman Iftar & Tazkirah dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Komponen Bazar Ramadan turut dianjurkan di Lepak11 Presint 11, Putraloka Presint 14 dan Tmn. Warisan Pertanian Presint 16.

-Perbadanan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.