Puasa Ramadan 1447H bermula lusa (Khamis, 19/2/2026) Festival Ramadan Putrajaya (FRP 2026) akan bermula esok (Rabu, 18/2/2026).
Kepada yang berada di Lembah Klang dan kawasan sekitar, anda dijemput untuk mengunjungi Anjung Syawal, Gastro Seni WP dan Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3. Istimewanya, anda boleh rasa & makan terus juadah yang dibeli, tak perlu tunggu masuk waktu Maghrib (terhad untuk esok satu hari shj!).
Boleh beli
juadah di Bazar Ramadan, lepak santai di Gastro Seni, beli belah di Anjung
Syawal yang luas dan selesa, solat sunat Terawih malam pertama Ramadan di
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. FRP 2026 - pusat sehenti untuk anda
beriadah, membeli belah dan beribadah.
Jangan lupa bawa beg sendiri. Boleh juga bawa beg guna semula yang
lebih di rumah & dermakan di kaunter urusetia Bazar Ramadan Presint 3 untuk
kegunaan pengunjung lain.
-Perbadanan Putrajaya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.