Thursday, 22 May 2025

Tourism Malaysia Lancarkan Pertandingan Malaysia Photo Hunt 2025, Tawar Hadiah Menarik!

 

KUALA LUMPUR, 22 Mei 2025 – Tourism Malaysia hari ini melancarkan Malaysia Photo Hunt 2025, sebuah pertandingan foto dan video bertemakan pelancongan bagi mempergiat promosi destinasi menjelang Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2025, pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia, pemastautin asing serta pelawat antarabangsa. Dengan hanya merakam keindahan destinasi pelancongan menggunakan kamera atau telefon pintar, peserta berpeluang merebut hadiah keseluruhan bernilai RM400,000, termasuk 4 hadiah utama bernilai RM100,000!

Lima jenama terkenal – Canon, Sony, Samsung, OPPO dan Huawei – tampil sebagai rakan strategik, bersama Perodua yang menaja 10 buah kereta untuk program Fam Trip bersama influencer.

Untuk siaran media penuh, sila layari: https://www.tourism.gov.my/media

TOURISM MALAYSIA LANCARKAN PERTANDINGAN MALAYSIA PHOTO HUNT, TAWAR HADIAH MENARIK!

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.