KUALA LUMPUR, 20 Mei 2025 –
Tourism Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Pakej telah menganjurkan Sesi
Libat Urus bagi Segmen Minat Khas sempena Visit Malaysia 2026 (VM2026) yang
berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Hotel Royal Signature,
Kuala Lumpur.
Program ini menghimpunkan
wakil-wakil daripada Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Persatuan Agensi
Pelancongan termasuk MATTA, MITA, MICA, MITTA dan BUMITRA. Objektif utama sesi
ini adalah untuk memberi penerangan terperinci berkenaan pembangunan pakej minat
khas VM2026 serta mendapatkan maklum balas dan input daripada pihak
berkepentingan dalam industri pelancongan.
Turut hadir, YBhg. Datuk Musa
Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia. Dalam sesi kedua,
pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membentangkan Pelan Perancangan
Pelancongan di bawah DBKL kepada para peserta persatuan pelancongan yang hadir.
Sesi ini menjadi platform
penting dalam memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan pemain industri
ke arah menjayakan kempen VM2026.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.